CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25890|Reply: 0

[Johor] Tukang masak maut, bayi 7 bulan parah lori langgar MPV

[Copy link]
Post time 6-1-2025 08:23 PM | Show all posts |Read mode

EADAAN MPV jenis Toyota Estima yang remuk teruk di bahagian kanan mengakibatkan seorang wanita penumpang di bahagian belakang maut di tempat kejadian. FOTO Mohd Fahd

Kluang: Perjalanan pulang dua keluarga dari majlis pertunangan di Muar berakhir tragedi apabila salah seorangnya maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dilanggar lori yang masuk ke laluan bertentangan di Kilometer (KM) 86, Jalan Johor Bahru-Air Hitam di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, Widiani Afendi, 39, penumpang belakang Toyota Estima berkenaan maut serta merta di lokasi dalam kejadian 7.15 malam itu akibat parah di kepala.

Katanya, manakala bayi tujuh bulan, Lee Sun Mei yang juga anak angkat keluarga berkenaan mengalami kecederaan dalaman di kepala dan sedang mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), di sini.

"Kemalangan itu juga menyebabkan pemandu lori berusia 53 tahun dan enam yang lain dalam MPV termasuk pemandu yang berusia enam sehingga 58 tahun cedera ringan.

"Kemalangan dipercayai berlaku selepas lori dari arah Machap menghala ke Air Hitam hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar bahagian kanan MPV berkenaan.

"Mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di HEBHK Kluang. Pemandu lori yang cedera di kepala dan dada sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pantai Batu Pahat," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Disiarkan pada: Januari 6, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.226496 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list