CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26460|Reply: 0

[Johor] Kaki menggeletar bila menyanyi depan Raja Permaisuri Agong

[Copy link]
Post time 6-1-2025 08:29 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR kenangan Annabella Chua bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah. FOTO Ihsan Annabella Chua

Kota Tinggi: Bukan hanya fasih bertutur bahasa Melayu, malah Chua Yung Qi atau lebih mesra disapa Annabella Chua turut berbakat menyanyikan lagu tradisional dan patriotik.

Maka, tidak menghairankan Annabella Chua, 24, pernah terpilih menyertai pertandingan nyanyian di dalam dan luar negara selain diundang membuat persembahan dalam pebagai majlis formal.

Bakat nyanyian Annabella Chua mendapat perhatian selepas memuat naik video di TikTok ketika menyanyikan lagu Zapin Yang Tinggal nyanyian asal Ramlah Ram dalam satu persembahan di Desaru, Johor.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan bakat dan memuji kemerduan suara gadis kelahiran Johor itu.

Berkongsi kisahnya, Annabella Chua yang kini penyanyi sepenuh masa berkata, dia minat menyanyi sejak di sekolah rendah, namun bakatnya lebih diasah untuk menyertai pertandingan syarahan dan bercerita.

"Waktu itu ibu nak saya fokus pelajaran, jadi nyanyian agak kurang kerana banyak dapat peluang mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita dan syarahan sejak berusia 11 tahun dengan bimbingan seorang guru.

"Saya bergelar johan dan terus masuk pertandingan ketika Tahun Enam dan pernah bersaing dengan peserta dari 80 sekolah sekitar Johor.

"Tapi bila masuk sekolah menengah, saya berpeluang menonjolkan bakat nyanyian dan persembahan pertama adalah menyanyikan lagu Standing In The Eyes of The World nyanyian Ella," katanya.

Bertitik-tolak daripada situ, Annabella Chua terus mengasah bakatnya dalam seni suara hingga mendapat perhatian dan peluang membuat persembahan di hadapan tetamu kehormat serta diraja.

"Pada awalnya saya dapat peluang menyanyi di acara anjuran agensi kerajaan untuk pembukaan dan penutup.

"Pada 2016, saya dapat buat persembahan di hadapan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ketika acara santapan sewaktu lawatannya ke Kampung Lukut, di sini

"Jarak saya dengan Raja Permaisuri sangat dekat sampai gementar dan menggeletar kaki… tak sangka pula keesokkannya saya dapat tawaran membuat persembahan di Hari Keputeraan Sultan Johor di Dataran Bandaraya Johor Bahru yang dihadiri ramai tetamu kenamaan," katanya.

ANNABELLA Chua mempunyai kelulusan tapi memilih menjadi penyanyi sepenuh masa. FOTO Ihsan Annabella Chua

Menurut graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), biarpun gemar dan pernah membawakan lagu Melayu, dia mengakui tidak mudah menyanyikannya dengan lenggok yang betul.

"Sebenarnya, saya selalu menyanyi lagu Mandarin dalam pertandingan besar seperti ketika menyertai Sing!China pada 2018 dan 2019 dengan ditemani ibu (Tak Kue Chun, 62) pada waktu itu.
"Tapi saya gemar juga mendengar dan menyanyikan lagu pop serta tradisional Melayu.

"Tak sangka dapat perhatian ramai selepas muat naik video nyanyian di TikTok pada awal Disember lalu hingga meraih banyak tontonan. Lagipun, kawan dan keluarga yang minta kongsi di TikTok," katanya yang pernah menyertai The Voice Singapura dan Malaysia pada 2017.

Katanya, reaksi diterima bercampur baur dengan kebanyakannya positif dan menganggapnya sebagai hadiah dan permulaan baik yang memberi semangat untuk mengharungi tahun baharu.

"Saya ada baca komen dan kebanyakannya positif, namun bila kongsi di media sosial kena bersedia sebab ada yang suka, ada juga tidak.

"Pelat menyanyi itu biasa kerana saya bukan orang Melayu tapi akan cuba perbaiki lagi kelemahan.

"Tahun lalu, saya sudah merakamkan dan mengeluarkan lagu Langit Ketujuh versi Mandarin. Perancangan saya adalah terus aktif dalam nyanyian dan bakal keluarkan single terbaru dengan kolaborasi penyanyi Taiwan pada Mac depan," katanya yang turut membintangi sebuah drama dan bakal ditayangkan tidak lama lagi.


Disiarkan pada: Januari 6, 2025




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.041880 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list