CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14262|Reply: 0

[Johor] Mayat wanita peluk bayi tak bernyawa ditemui di tepi jalan

[Copy link]
Post time 7-1-2025 10:38 PM | Show all posts |Read mode

Mayat wanita peluk bayi tak bernyawa ditemui di tepi jalan.

KULAI: Dua mayat membabitkan seorang wanita dan bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, di sini, hari ini.

Mangsa wanita yang dipercayai berkemungkinan meninggal dunia akibat komplikasi bersalin itu dijumpai dalam keadaan sedang memeluk mayat bayi terbabit.

Difahamkan, mayat dipercayai dua beranak itu disedari seorang pejalan kaki kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Menurut sumber, wanita itu dipercayai adalah seorang warga Indonesia dengan rambutnya diwarnakan serta memakai baju bercorak kotak-kotak, manakala bayi terbabit pula masih bertali pusat.

Difahamkan, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan lain pada mayat terbabit, namun siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wujud sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, mengesahkan penemuan dua mayat berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut.
Beliau berkata, semua butiran lanjut akan dimaklumkan kelak

Januari 7, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:57 AM GMT+8 , Processed in 0.073386 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list