CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14253|Reply: 0

[Johor] Dua nelayan hanyut ditemukan selamat di perairan Indonesia

[Copy link]
Post time 7-1-2025 10:45 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Maritim Malaysia menjalankan operasi mengesan dua nelayan yang hilang sebelum operasi dihentikan selepas mangsa ditemui dengan selamat di perairan Indonesia. Foto Maritim Malaysia
MUAR - Dua nelayan tempatan yang dilaporkan hilang di laut setelah keluar untuk menangkap ikan di sekitar perairan daerah ini, ditemukan dalam keadaan selamat oleh penduduk Bengkalis, Indonesia pada Isnin.

Menurut Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal, pihaknya menerima laporan daripada polis berhubung kehilangan kedua-dua nelayan itu pada jam 11 pagi.

Susulan itu, beliau berkata, bot Penggalang 30 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diatur gerak ke lokasi bagi melaksanakan operasi menyelamat.

“Bagaimanapun, operasi menyelamat itu dihentikan pada jam 6 petang apabila keluarga mangsa menghubungi pihak polis dan memaklumkan bahawa kedua-dua nelayan terbabit telah ditemui dengan selamat di perairan Indonesia.

“Kami bagi pihak Maritim Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat serta pihak berkuasa Indonesia yang turut membantu dalam usaha pencarian mangsa," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, menurut kedua-dua mangsa, Asamadi Omar, 55, dan Zulkefli Mad, 46, bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin dan hanyut sehinggalah memasuki perairan negara jiran.

Mereka kini dalam proses untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Januari 7, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.037363 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list