CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17402|Reply: 0

[Johor] Lelaki maut ditembak ketika sedang makan

[Copy link]
Post time 8-1-2025 09:45 PM | Show all posts |Read mode

Seorang lelaki maut ditembak di Taman Setia Indah di sini tengah hari tadi. - Foto media sosial.



JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan kedai dekat Jalan Setia 3/2, Taman Setia Indah di sini pada tengah hari tadi.

Seorang pengunjung lokasi kejadian berkata, dia terkejut mendengar bunyi bising dan awalnya menjangka ia bunyi mercun.

"Kami terkejut melihat sebuah motosikal memecut dari lokasi berkenaan dan melihat seorang lelaki terbaring di lantai di hadapan restoran berkenaan," katanya.

Terdahulu tular sebuah video berdurasi 11 saat di halaman Info Berita Semasa di laman sosial Facebook menunjukkan lokasi kejadian dan mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, mengesahkan kejadian tembakan.

Beliau berkata, kejadian membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun di restoran di Taman Setia Indah di sini.

Menurutnya, kejadian berlaku pada jam kira-kira 12 tengahari dan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melaporkan kejadian itu.
Katanya, pegawai perubatan mengesahkan mangsa maut.

"Polis sedang mengesan sama ada terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan dan premis perniagaan berhampiran.

"Siasatan sedang dijalankan untuk mengenalpasti suspek, saksi kejadian dan motif kejadian.

"Polis juga sedang menunggu keputusan bedah siasat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Januari 8, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.032447 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list