CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18141|Reply: 0

[Johor] Lelaki dituduh patah jari isteri, ugut bunuh kerana cemburu

[Copy link]
Post time 8-1-2025 10:39 PM | Show all posts |Read mode


AMIRUL Akhmal dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat atas tuduhan cederakan dan ugut bunuh isteri. FOTO Alias Abd Rani

Batu Pahat: Lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan kecederaan dan ugutan mahu membunuh isterinya disebabkan cemburu, bulan lalu.

Tertuduh, Amirul Akhmal Azman, 33, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Bapa kepada seorang anak itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya berusia 33 tahun hingga patah jari manis di sebuah rumah di Sri Medan, di sini, pada 9.50 malam, 2 Januari lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menakutkan secara jenayah terhadap isterinya dengan kata-kata 'aku akan bunuh kau kalau ada orang lain' di tempat sama pada 12.34 tengah malam, 15 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip dan Pegawai Pendakwa Inspektor Ling Shao Shen, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Razak Sharif.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula.


Disiarkan pada: Januari 8, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.034227 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list