CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6747|Reply: 0

[Johor] Syarikat logistik didenda RM190,000 miliki diesel tanpa lesen

[Copy link]
Post time 9-1-2025 01:55 PM | Show all posts |Read mode

Syarikat perkhidmatan logistik, KIJ Global Sdn Bhd diwakili pengarahnya, Nazrulkamal Mohammad, didenda RM190,000 oleh mahkamah kerana memiliki 36,654 liter diesel tanpa lesen. - Foto ihsan KPDN

SEREMBAN: Sebuah syarikat perkhidmatan logistik didenda RM190,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan memiliki 36,654 liter diesel tanpa lesen, dua tahun lalu.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu selepas KIJ Global Sdn Bhd yang diwakili pengarahnya, Nazrulkamal Mohammad, 43, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

"Setelah meneliti fakta kes dan mengambil kira faktor kepentingan awam, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM190,000 terhadap syarikat KIJ Global Sdn Bhd," katanya.

Mahkamah turut memerintahkan wang hasil jualan RM106,296.60 dan kapal tangki Aliya Sari dilucut hak kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didapati memiliki barang kawalan iaitu 36,654 liter diesel dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah untuk melanggar Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan diesel secara borong tanpa lesen.

Kesalahan dilakukan di sebuah jeti di Kampung Tanjung Agas, pekan Pasir Panjang, Port Dickson kira-kira jam 9 pagi 10 November 2023.

Kesalahan di bawah Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan yang sama dibaca bersama Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22(2) akta sama.

Mana-mana badan korporat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan di bawah akta ini boleh dihukum denda tidak melebihi RM2 juta dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya, didenda tidak melebihi RM5 juta, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Alimah Mohd Sanusi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Januari 9, 2025  sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034455 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list