CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26516|Reply: 0

[Sarawak] Tanah runtuh: Sarawak mungkin guna khidmat pakar dari KL jika mangsa tertimbus belum dijumpai

[Copy link]
Post time 30-1-2025 01:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-1-2025 05:49 PM



Uggah (tujuh kiri) bersama keluarga serta tetamu jemputan lain merakam kenangan di Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri di BCCK.

KUCHING: Sarawak dijangka menggunakan khidmat pakar dari Kuala Lumpur untuk mencari mangsa tertimbus di Kampung Lereng Bukit di Miri.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata usaha mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh yang berlaku awal pagi tadi kini masih diteruskan.

“Kita masih mencari mangsa, jika ada keperluan kita akan menghubungi pakar dari Kuala Lumpur.

“Saya mewakili kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) menyampaikan takziah kepada mangsa yang telah hilang nyawa akibat tanah runtuh ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri yang dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai laporan empat mangsa yang dikhuatiri tertimbus selepas kediaman mereka di Kampung Lereng Bukit di Miri ditimpa tanah runtuh awal pagi tadi.

Setakat tengah hari ini, hanya tinggal seorang sahaja lagi mangsa tanah runtuh yang masih belum ditemukan dan usaha mencari sedang giat dijalankan.

Uggah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, satu-satunya isu yang dihadapi di negeri ini adalah apabila berhadapan dengan tanah runtuh.

Katanya, pada tahun lepas, Sarawak telah membelanjakan hampir RM60 juta untuk membaiki jalan, lereng runtuh, jalan putus dan jambatan putus di seluruh negeri.

Beliau berkata kejadian tanah runtuh antara insiden yang kerap berlaku dan berharap mereka yang tinggal di lereng bukit terus berwaspada terutama musim hujan.

“Saya telah mengubungi agensi tempatan untuk menjalankan penilaian kerana saya masih ingat beberapa tahun lalu ada tanah runtuh di Sarawak.

“Di mana tempat itu memang tidak sepatutnya untuk tinggal namun mereka menyatakan mereka tiada pilihan,” katanya.

Uggah berkata, beliau telah mengarahkan semua agensi untuk menjalankan penilaian perkara berkenaan.

“Saya telah mengarahkan JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk melihat seluruh jalan runtuh di Sarawak, terutamanya di kawasan luar.
“Kami sedang menyiapkan kertas untuk dibentangkan kepada Premier mengenai beberapa langkah yang kami ambil dan berharap untuk meminimumkan jalan-jalan runtuh ini,” katanya.

Mengenai situasi banjir di negeri ini, Uggah berkata jawatankuasa sentiasa bersiap siaga termasuk Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Katanya buat masa kini sebanyak 16 PPS di seluruh Sarawak termasuk di Bintulu, Kuching dan Sibu.

“Saya menyarankan kepada semua penduduk yang duduk di tempat-tempat yang sentiasa banjir, untuk bersedia
“Apabila jabatan kerajaan mengarahkan mereka berpindah, mereka mesti berpindah. Mereka perlu menyelamatkan nyawa,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.038929 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list