CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20235|Reply: 0

[Sarawak] Mangsa terakhir insiden tanah runtuh di Miri dijumpai

[Copy link]
Post time 30-1-2025 08:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 30-1-2025 12:14 AM





Pasukan penyelamat sedang membawa keluar mayat mangsa terakhir dari kawasan runtuhan lewat petang ini.

MIRI: Mayat Fatimah Dawi, 71, yang merupakan mangsa terakhir dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di sini berjaya dijumpai pada jam 6.06 petang ini.

Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari kawasan runtuhan oleh pasukan penyelamat pada jam 6.26 petang
Perkara itu disahkan  Ketua Polis Daerah Miri Alexson Naga Chabu pada sidang media yang diadakan pada jam 6.35 petang ini.

"Mayat mangsa telah dijumpai di bawah runtuhan rumah yang tertimbus iaitu dihimpit dinding konkrit dan mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan jengkaut.

"Berikutan penemuan mayat mangsa terakhir ini, operasi mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tanah runtuh ini ditamatkan.

"Pun begitu, pemantauan akan terus dilakukan di kawasan ini berikutan ada risiko tanah runtuh berulang," katanya.

Menurut Alexson yang juga merupakan komander operasi bencana, seramai 12 orang mangsa terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku sekitar jam 3 pagi tadi, membabitkan dua buah rumah yang terletak bersebelah tertimbus.


Alexson bercakap pada sidang media di tempat kejadian petang ini

"Daripada jumlah itu katanya, lima mangsa disahkan meninggal dunia termasuk mangsa terakhir yang dijumpai jam 6.06 petang ini,   dua orang cedera dan bakinya selamat.

"Mangsa yang cedera termasuk seorang yang dijumpai di tempat kejadian, manakala yang lain menyelamatkan diri sebelum runtuhan berlaku," ujar beliau lanjut.

Katanya, mayat mangsa pertama dijumpai jam 6 pagi tadi diikuti mayat kedua pada jam 10.40 pagi dan mayat ketiga serta keempat masing-masing jam 11.30 dan 11.40 pagi.

"Lokasi mayat keempat-empat mangsa dijumpai saling berdekatan dan ada yang bertindih di bahagian hadapan rumah akibat dibawa lumpur dari runtuhan atau gelinciran tanah yang berlaku di belakang rumah.

"Manakala mayat terakhir dijumpai di bahagian dalam iaitu di bawah runtuhan rumah dan dihimpit dinding konkrit yang besar," katanya sambil menambah kesemua mangsa dijumpai tertimbus namun dalam keadaan sempurna.

Dalam pada itu menurut beliau, pasukan penyelamat turut menghadapi kesukaran dalam melakukan operasi berikutan kawasan yang sempit.

Menurut Alexson, seramai 19 pegawai dan 85 anggota dari pelbagai agensi di Miri telah terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang digerakkan sejak awal pagi tadi.

Sementara itu katanya, terdapat dua Pusat Pemindanhan Sementara (PPS) telah dibuka iaitu di Dewan Bulan Sabit Merah dan Dewan Pujut Tanjung Batu di sini.

Bagi Dewan Bulan Sabit Merah, terdapat 25 keluarga dengan 133 mangsa dari Kampung Lereng Bukit telah ditempatkan di situ dan 16 keluarga dengan 66 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Pujut Tanjung Batu.

Hadir sama pada sidang media petang ini ialah Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri, Ismaidi Ismail dan Ketua Bahagian  Siasatan JBPM Zon 6 Miri Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.054872 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list