CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34492|Reply: 0

[Sarawak] Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa meningkat ke 5,385 orang

[Copy link]
Post time 30-1-2025 09:07 PM | Show all posts |Read mode


Pemandangan kawasan banjir di Serian yang dirakam oleh Unit Dron Angkatan Pertahanan Awam Sarawak, semalam. - Gambar BERNAMA

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat mendadak setakat 8.00 pagi ini, dengan seramai 5,385 orang daripada 1,505 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut laporan terbaharu Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, jumlah ini hampir sekali ganda lebih tinggi berbanding 2,981 mangsa daripada 862 keluarga yang direkodkan semalam.

Daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, dengan 1,481 orang daripada 396 keluarga ditempatkan di enam PPS. Serian pula mencatatkan seramai 1,442 mangsa daripada 446 keluarga yang berlindung di 15 PPS.

Sementara itu, jumlah daerah yang terjejas turut meningkat kepada 14 berbanding 12 daerah sehingga 8.00 malam semalam dengan jumlah PPS yang diaktifkan meningkat dari 36 kepada 47.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.549234 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list