CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35120|Reply: 0

[Sarawak] JBPNS terus memantau situasi banjir dan tanah runtuh, sedia bantu mangsa terjejas: Premier

[Copy link]
Post time 30-1-2025 09:11 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari bercakap kepada pemberita ketika mengunjungi majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Dato Goh Leng Hua (kanan). Turut kelihatan Dr Abdul Rahman Junaidi (kiri). - Gambar UKAS

KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) akan terus memantau situasi banjir dan tanah runtuh di negeri ini serta bersedia membantu mangsa yang terjejas.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) melaporkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai berkata ia susulan tragedi tanah runtuh meragut nyawa di Miri dan banjir di seluruh Sarawak.

“Saya menzahirkan rasa simpati dan dukacita terhadap mangsa tragedi tanah runtuh yang berlalu di Miri dan mangsa-mangsa banjir yang terjejas di seluruh negeri.

“Tragedi di Miri telah mengorbankan beberapa nyawa dan saya saya telah meminta Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk terus memantau keadaan dalam dua ke tiga hari ini memandangkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengenai hujan beberapa hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan kunjungan ke majlis rumah terbuka Ahli Lembaga Pengarah Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Dato Goh Leng Hua di sini, malam Rabu.

Abang Johari berkata banjir yang berlaku telah menjejaskan penduduk di kawasan kampung, perumahan dan kawasan industri, menjadikan kawasan berkenaan amat berbahaya.

“Sekarang ini, pihak pentadbiran iaitu Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak kita sedang berada di Miri dan Bintulu untuk memantau keadaan yang terkini bagi pihak Kerajaan Sarawak.

“Kita bersimpati dengan kes kehilangan nyawa di Miri dan kita harap kawasan-kawasan lain berjaga-jaga dengan keadaan yang berlaku ketika ini,” ujarnya.


(Dari dua kiri) Abang Johari, Goh, Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah, Juma’ani serta yang lain menggaul Yee Sang sebagai simbolik perayaan Tahun Baru Cina. - Gambar UKAS

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi turut berkenan menghadiri kunjungan Tahun Baru Cina tersebut.

Turut hadir, isteri Premier Sarawak Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:35 AM GMT+8 , Processed in 0.106029 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list