CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20822|Reply: 0

[Sarawak] Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir

[Copy link]
Post time 30-1-2025 09:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 30-1-2025 01:15 PM



Tiong semasa terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir semalam.
BINTULU: Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan untuk membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di bahagian ini.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Dato Sri Tiong King Sing berkata, anggota penyelamat terbabit telah berlepas semalam dan dijangka tiba di Bintulu hari ini.

Katanya, dua bot laju dari Pasukan Petugas Bantuan Bencana Wilayah Tengah Parti Demokratik Progresif (PDP) juga telah dikerahkan untuk menyokong operasi menyelamat.

"Meskipun ada yang mengaitkan bencana banjir ini dengan punca semula jadi namun kekurangan dalam infrastruktur kemungkinan telah memburukkan keadaan banjir ini," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.


Tiong bersama pegawai dan anggota penyelamat semasa terlibat dalam operasi menyelamat mangsa banjir.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berkata, isu-isu berkaitan sistem perparitan di Bintulu antara yang mengakibat aliran Sungai Sibiew tidak mampu menampung lebihan air secara berkesan.

Katanya, arus deras telah merumitkan operasi menyelamat mangsa banjir semalam, meningkatkan risiko keselamatan antara mangsa dan anggota penyelamat.

"Kawasan yang paling teruk terjejas ialah di sekitar Sungai Sibiew adalah akibat langsung daripada kerja mendalam dan melebarkan dasar sungai yang telah lama tertangguh," tegasnya.

Justeru katanya, projek dasar sungai untuk Sungai Sibiew itu hanya kekal sebagai cadangan selama hampir lima tahun tanpa ada kemajuan sebenar.

Banjir yang dahsyat ini katanya, ia sepatutnya menjadi amaran segera dan saya telah berulang kali menekankan bahawa sungai ini sekurang-kurangnya perlu didalamkan tiga hingga lima meter dan dilebarkan hingga 100 meter untuk menampung peningkatan air hujan akibat perubahan iklim.

Jelasnya, hanya dengan berbuat demikian kita boleh mengelakkan bencana seperti ini berulang.

Ujarnya, dasar sungai Sungai Kemena yang menghubungkan terus ke laut juga perlu didalamkan memandangkan pemendapan yang teruk di dasar sungai itu telah mengakibatkan ia menjadi cetek secara beransur-ansur.


Mangsa-mangsa banjir diselamatkan untuk di bawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Pada masa sama katanya, saya akan menekankan sekali lagi mengenai keperluan mendalam dan melebarkan Sungai Sebiew ini pada mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Residen Bintulu pada 10 Februari ini.

"Saya turut mencadangkan untuk menghentikan pembinaan jambatan menghubungkan Taman Jason dan Taman Kemena Sutera untuk mengelakkan gangguan kepada kerja-kerja mengorek dasar sungai," katanya.

Menurutnya, pemindahan penduduk yang tinggal di penempatan sepanjang kedua-dua tebing sungai itu juga perlu disegerakan bagi memudahkan usaha mendalam dan melebarkan sungai itu memandangkan kediaman mereka di kawasan ini menimbulkan risiko keselamatan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052206 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list