CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36739|Reply: 0

[Sarawak] Kawasan berisiko tinggi di Bukit Kanada terus dipantau rapi, penduduk dipindah ke PPS

[Copy link]
Post time 30-1-2025 09:21 PM | Show all posts |Read mode


Lee ketika ditemui pemberita di Rumah Terbuka TBC SUPP Senadin hari ini.

MIRI:  Operasi pemantauan rapi terutamanya di kawasan berisiko tinggi di Bukit Kanada akan terus dijalankan termasuk memindahkan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Dato Sri Lee Kim Shin berkata, hujan lebat diramal berlaku dalam tempoh dua hari sehingga Jumaat yang dikhuatiri akan memberi kesan buruk terhadap keadaan tanah di bukit itu.
Beliau memberitahu, risiko tanah runtuh bukan hanya untuk penduduk di Kampung Lereng Bukit tetapi juga penduduk Kampung Haji Wahed yang terletak di atas bukit.

“Operasi sedang diteruskan untuk memindahkan semua penduduk yang tinggal di kawasan berisiko tinggi.

“Pasukan pengurusan bencana telah pun memantau semua kawasan dan akan memeriksa kawasan yang dianggap berisiko tinggi,” jelas Lee kepada pemberita semasa Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina (TBC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Senadin di Dewan Dato Permaisuri Permyjaya pada hari ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak itu berkata,  Bilik Operasi Pengurusan Bencana Miri akan beroperasi selama 24 jam untuk memantau bencana banjir dan tanah runtuh di seluruh bahagian Miri.

Beliau memberitahu PPS di Bulan Sabit Merah MirI dibuka semula untuk menempatkan mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit.

PPS lain yang beroperasi adalah di Kampung Sukan dan Dewan Masyarakat Kampung Pujut Tanjung Batu.

Beliau menambah, sekiranya terdapat keperluan, lebih banyak PPS akan dibuka untuk menempatkan mangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu memberitahu, kajian geologi tentang keadaan tanah di Bukit Kanada telah dilakukan.

“Saya rasa pakar geologi diperlukan untuk mengkaji keadaan tanah, struktur dan batu di Bukit Kanada.

“Kita akan merangka pelan jangka panjang khasnya di kawasan berisiko tinggi,” jelasnya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.095843 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list