CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6020|Reply: 0

[Johor] Bekalan kelapa berkurang 60 peratus

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:46 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Bekalan kelapa dalam negara berkurangan 60 peratus sejak Ogos lalu susulan musim melawas (buah tidak menjadi) yang dijangka hanya akan pulih Mei depan.

Bekas Pengurus Pusat Operasi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Batu Pahat, Musa Abdul Kahar, berkata musim melawas itu paling teruk pernah melanda sekali gus menjejaskan industri penanaman kelapa susulan faktor perubahan cuaca.

Katanya, selain faktor cuaca, bekalan kelapa tempatan juga semakin terjejas dengan penurunan ketara kawasan penanaman kelapa di negara ini yang direkodkan sejak 30 tahun lalu.

Beliau yang sebelum ini bertanggungjawab memantau kemasukan jutaan biji kelapa import dari Kepulauan Riau, Indonesia, bagi kegunaan tempatan berkata, menurut data Jabatan Pertanian, Malaysia merekodkan penurunan keluasan tanaman kelapa sebanyak 22 peratus, iaitu daripada 71,856 hektar pada 2013 kepada hanya 55,664 hektar pada 2020.

Malaysia dijangka mengalami krisis bekalan kelapa sekiranya penurunan keluasan tanaman kelapa negara berterusan di samping faktor cuaca yang menjejaskan bekalan kelapa negara dan dunia, berikutan negara kini bergantung kepada kelapa import bagi kegunaan tempatan.

"Musim melawas yang ketika ini sedang melanda tanaman kelapa bukan hanya menjejaskan Malaysia, malah seluruh dunia termasuk pengeluar kelapa utama terutama Indonesia, Filipina, Thailand dan Sri Lanka.

"Faktor cuaca dan penurunan keluasan penanaman kelapa negara menjadikan kekurangan bekalan kelapa semakin signifikan sehingga merudum 60 peratus daripada bekalan biasa menyebabkan bekalan kelapa tempatan terjejas teruk. Ia menyebabkan harga kelapa biji selain santan dan kelapa parut naik mendadak lebih 10 peratus sejak Ogos lalu.

"Kerajaan perlu melakukan langkah intervensi segera bagi memastikan bekalan kelapa negara mencukupi susulan ia adalah bahan utama dalam pelbagai jenis masakan dan makanan termasuk kuih muih selain acara keagamaan masyarakat India.

"Antara langkah yang boleh dilakukan adalah mendapatkan bekalan kelapa dari sumber baharu termasuk kawasan Indonesia lain seperti Kalimantan, Sumatera, Sulawesi serta Palembang bagi memastikan bekalan kelapa tempatan tidak terjejas menjelang Ramadan dan Aidilfitri nanti selain menggalakkan penanaman kelapa bagi memastikan kita tidak menghadapi krisis bekalan kelapa yang sudah diramalkan berlaku sejak empat tahun lalu," katanya ketika dihubungi.

Kekurangan bekalan kelapa menyebabkan harga sebiji kelapa kini melonjak kepada antara RM3.50 hingga RM3.90 berbanding hanya antara RM2.50 hingga RM2.60 sebiji, sebelum ini.

Harga santan segar pula kini melonjak kepada antara RM13 hingga RM17 satu kilogram (kg) berbanding hanya antara RM6.50 hingga RM8.50 satu kg, manakala kelapa parut naik kepada antara RM8 hingga RM11 satu kg berbanding hanya RM5 hingga RM6 satu kg.

Keluasan tanaman kelapa negara pada 1980-an dilaporkan dianggarkan lebih 354,300 hektar sebelum ia menyusut kepada hanya 71,856 hektar pada 2013 dan hanya 55,664 hektar pada 2020.

Pada 2020, kegunaan kelapa oleh rakyat tempatan mencecah 790 juta kilogram setahun.

Mengulas lanjut Musa yang turut mengusahakan ladang kelapa berkata, pergantungan kepada import kelapa dari luar terutama Indonesia tidak lagi kondusif berikutan jangkaan dasar baharu termasuk melarang eksport kelapa biji negara itu yang mungkin akan diambil berikutan tekanan pihak industri di sana.

Katanya, ia berikutan pertambahan syarikat usahasama Indonesia-China yang membuka banyak kilang kelapa di republik itu bagi mengeksport produk kelapa terutama santan yang mendapat permintaan tinggi di China.

"Malaysia kini juga terpaksa bersaing bagi mendapatkan kelapa biji dengan harga lebih tinggi berikutan syarikat kelapa Indonesia-China itu memerlukan kelapa biji dalam jumlah besar bagi diproses sekali gus memenuhi permintaan pengguna China.

"Selain itu, Malaysia turut berhadapan persaingan mendapatkan kelapa biji Indonesia dari Thailand yang kini turut berhadapan kekurangan kelapa tempatan di sana. Ia menyebabkan kerajaan Thailand membuka permit import kelapa Indonesia sepanjang tahun berbanding sebelum ini mereka hanya membuka permit import hanya lima bulan setahun.

"Syarikat China dan Thailand menawarkan harga kelapa biji lebih mahal berbanding ditawarkan Malaysia dan sudah pasti pengusaha kelapa Indonesia akan mengambil tawaran harga lebih tinggi," katanya.

Masalah kekurangan bekalan kelapa negara turut berlaku disebabkan penggunaan kelapa muda yang mendapat permintaan tinggi bagi dijadikan minuman.

Musa berkata, ia menyebabkan kekurangan kelapa tua untuk kegunaan santan selain kelapa parut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.084789 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list