CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24169|Reply: 0

[Johor] Op Selamat: Polis Johor pamer prestasi memberangsangkan

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:27 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU: Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23/2025 sempena perayaan Tahun Baharu Cina di Johor menurun sebanyak 52 kes atau 4.5 peratus berbanding kes direkodkan pada operasi yang sama, tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, kes kemalangan yang dicatatkan kali ini adalah sebanyak 1,169 berbanding 1,221 kes pada Op Selamat 21/2024.



Beliau berkata, dalam tempoh Op Selamat yang berlangsung selama enam hari bermula 28 Januari lalu, kemalangan maut turut mencatatkan penurunan sebanyak lima kes atau 62.5 peratus iaitu lapan kes berbanding 13 kes tahun lalu.

"Kes kematian juga menunjukkan penurunan sebanyak lapan kes iaitu lapan kes pada Op Selamat 23/2025 berbanding 16 kes pada Op Selamat 21/2024.

"Melalui kaedah 'total enforcement' yang dijalankan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor juga berjaya menahan seramai 40 pesalah trafik atas pelbagai kesalahan dan seramai 23 orang ditangkap di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dan melebihi had yang dibenarkan.

"Seramai 15 orang pula ditangkap di bawah Seksyen 42 APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, selain daripada penguatkuasaan, JSPT Johor turut menerapkan konsep advokasi dan hasilnya kesedaran masyarakat terhadap peraturan lalu lintas dilihat kian meningkat.

"Justeru itu, dalam Op Selamat kali ini, sebanyak 11,645 saman dikeluarkan berbanding 23,386 saman pada tahun lalu.

"Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak 11,741 keping saman yang mana kesalahan utama yang dikenalpasti adalah memandu melebihi had laju iaitu sebanyak 3,963 saman," jelasnya.

Kumar berkata, bagi kempen Rumah Selamat pula, pihaknya menerima 542 laporan balik kampung melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan borang balik kampung yang didapati daripada balai polis berhampiran.



Katanya, sebanyak 3,505 lawatan serta rondaan dijalankan dan tiada kes pecah rumah direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

"Kejayaan Op Selamat 23/2025 kali ini membuktikan komitmen Polis Johor serta kolaborasi murni antara polis dan masyarakat dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan terjamin," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056416 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list