CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24115|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Dua sahabat maut, seorang parah kemalangan langgar lori tangki

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:31 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kereta Perodua Myvi yang kemalangan selepas melanggar belakang sebuah lori tangki yang menyebabkan dua lelaki maut dan satu cedera di Kilometer 27.2 Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH) arah ke Port Dickson pagi tadi. - Foto NSTP/ Ihsan Polis

PORT DICKSON: Dua sahabat maut, satu lagi parah apabila kereta yang di pandu hilang kawalan dan melanggar belakang sebuah lori tangker di Kilometer 27.2 Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH) arah ke Port Dickson pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mustaffah Husin berkata, kemalangan itu berlaku pada jam 6.20 pagi tadi antara sebuah kereta Perodua Myvi dan sebuah lori tangki dari arah Seremban ke Port Dickson menyebabkan dua lelaki maut dan satu parah.

"Siasatan awal mendapati kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 21 tahun itu dari arah Seremban menghala ke Port Dickson melanggar bahagian belakang sebelah kanan lori tangki yang dipandu seorang lelaki 57 tahun dari arah yang sama dan menyebabkan kereta mangsa berpusing lalu terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu dan penumpang belakang kereta Perodua Myvi mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang hadapan pula mengalami cedera ringan dan mendapat rawatan di Hospital Port Dickson," katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Katanya, pemandu kereta yang maut berusia 21 tahun dan penumpang belakang lelaki yang maut berusia 20 tahun manakala rakan mereka yang cedera, lelaki berusia 26 tahun.

Namun, pemandu lori tangki itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Pihak polis mengharapkan pengguna lebuh raya SPDH yang nampak kejadian kemalangan itu agar tampil membantu siasatan Polis.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Zulhelmi Azman di talian 016-9984806 atau boleh terus ke mana-mana Balai Polis berhampiran bagi membantu siasatan," ujarnya.

Mustaffah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Difahamkan semua mangsa dalam perjalanan balik ke rumah keluarga mereka di Teluk Kemang dan jenazah kedua mereka sudah dituntut ahli keluarga sebaik selesai bedah siasat di Bilik Mayat Hospital Port Dickson.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.108328 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list