CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12108|Reply: 0

[Johor] Pasangan kekasih terlepas hukuman mati

[Copy link]
Post time 5-2-2025 09:45 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Sepasang kekasih terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, melepas dan membebaskan mereka daripada pertuduhan memiliki dan mengedar dadah, lima tahun lalu.

Hakim Noor Hayati Che Mat memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Teng Wei Xiong, 27, dan Chai Ying, 22.

Beliau berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan pemilikan dadah oleh kedua-dua tertuduh selain gagal membuktikan mereka mempunyai niat bersama-sama untuk mengedar dadah.

Noor Hayati ketika membaca keputusannya berkata, keputusan itu dibuat selepas menilai semula keseluruhan keterangan kes selain membaca hujahan bertulis yang difailkan.

"Kedua-dua tertuduh menafikan mempunyai pengetahuan, kawalan dan jagaan terhadap dadah yang dijumpai.

"Terdapat percanggahan keterangan yang menjejaskan nilai keterangan saksi SP3 (saksi pendakwaan) dan SD5 (saksi pembelaan), percanggahan ini seterusnya memihak kepada pembelaan.

"Oleh yang demikian, dengan wujudnya keraguan dan percanggahan di atas, saya dapati pembelaan berjaya mengakas anggapan di bawah Seksyen 37 (da) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Maka dengan itu, kedua-dua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada semua pertuduhan ke atas mereka," kata hakim.

Terdahulu kedua-dua tertuduh didakwa secara niat bersa ma-sama mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine dan tuduhan memiliki dadah.

Berdasarkan pertuduhan pertama, kedua-dua tertuduh didakwa mengedar 112 gram methamphetamine dan mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Ia membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagi dua lagi pertuduhan mereka, didakwa memiliki 136.68 gram dadah yang mana pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama.

Semua perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di Jalan Rusa 3 di sini, jam 9 malam pada 5 Mei 2020.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Juliana Jaafar.

Wei Xiong diwakili peguam Muhammad Abd Kadir dan Khairul Nadia manakala Chai Ying diwakili peguam Mohd Daud Ismail dan Hang Lee Ying.


sumber: HMetro



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:55 PM GMT+8 , Processed in 0.124203 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list