CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38447|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mahkamah Tinggi putuskan SAINS tanggung 80 peratus liabiliti kecuaian kemalangan maut

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:15 PM | Show all posts |Read mode


SEREMBAN: Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, memutuskan Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) menanggung 80 peratus liabiliti kecuaian kemalangan maut membabitkan seorang wanita, lima tahun lalu.

Ia mengubah keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada 10 Jun 2024 yang memerintahkan SAINS bertanggungjawab 70 peratus manakala si mati menyumbang salah sebanyak 10 peratus.

Bagaimanapun, liabiliti terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Kerajaan Malaysia kekal 20 peratus.

Hakim, Wan Fadhilah Wan Idris membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan suami kepada mangsa, Luqman Hakim Hendon, 45, pada 12 Jun 2024 bersama tiga anak arwah Norhamizah Mahadi, 35 (ketika kejadian).

Wan Fadhilah turut memutuskan kos kehilangan tanggungan dinaikkan kepada RM144,000, kos perubatan sebanyak RM7,200 dibenarkan dan pampasan bagi kecederaan kepala dinaikkan dari RM10,000 ke RM30,000.

Rayuan SAINS dan kerajaan Malaysia ditolak dengan kos RM3,000 bagi setiap rayuan.

Mengikut fakta kes, ketika kemalangan kira-kira jam 5.50 pagi 12 Februari 2020 di Kilometer 28, Jalan Tampin-Gemas, Norhamizah memandu kereta bersama suaminya.

Ketika dalam perjalanan, kenderaan mereka melanggar lubang besar ditakungi di lokasi dan menyebabkan kenderaan dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

Insiden itu mengakibatkan Norhamizah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Luqman Hakim mengalami cedera parah.

Siasatan mendapati, lubang itu berpunca daripada kecuaian dalam penyelenggaraan jalan raya dan paip pecah bawah tanah oleh Sains serta JKR.

Keluarga mangsa memfailkan tuntutan terhadap SAINS dan JKR serta kerajaan Malaysia atas dakwaan kecuaian yang menyebabkan kemalangan itu dua hari selepas keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Pilah.

Plaintif diwakili barisan peguam dari Tetuan Ariff Abu Bakar & Co iaitu Muhammad Ariff Abu Bakar, Muhammad Aizat Akmal Zamri dan Anis Aqilah Ashbakhri.

SAINS pula diwakili Aisha Jothilingam dari Tetuan Ganesalingam Vijayaratnam & Aisha Jothalingam manakala JKR dan kerajaan Malaysia diwakili Peguam Persekutuan Mohamad Shafiq Mohd Sazalli.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.302944 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list