CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28206|Reply: 0

[Tempatan] Rumah hangus terbakar, datuk sedih tak sempat selamatkan baju sekolah cucu

[Copy link]
Post time 16-2-2025 10:29 PM | Show all posts |Read mode
PASIR SALAK – Datuk kepada seorang cucu terkilan apabila tidak dapat menyelamatkan kelengkapan persekolahan cucunya itu apabila kediamannya di Kampung Toh Paduka Raja di sini hangus terbakar dalam kebakaran pada pukul 1.30 petang semalam.

Mohd. Razali Othman, 58, berkata, kebakaran itu berlaku begitu pantas dan beliau sekeluarga hanya sempat menyelamatkan diri, dokumen penting dan motosikal.



“Semasa kejadian, saya bersama isteri, dua anak serta dua cucu berada di dalam rumah sedang berehat. Tiba-tiba isteri nampak api dari dapur rumah sebelum kami terus keluar selamatkan diri sebelum api semakin marak.

“Kami cuma sempat selamatkan dokumen penting dan alihkan motosikal yang lain semuanya hangus terbakar. Seorang cucu saya akan masuk tahap satu (sesi persekolahan) esok, baju sekolah semua terbakar, memang semua tak sempat nak selamatkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kebakaran di sini hari ini.

Katanya, tragedi itu dugaan berat baginya sekeluarga namun beliau yang hanya mengalami kecederaan ringan bersyukur kerana semuanya selamat.

“Memang ini dugaan yang besar bagi kami sekeluarga lagi-lagi Ramadan bakal menjelang namun saya reda dengan ujian ini.

“Setakat ini, sebahagian ahli keluarga tinggal di dalam khemah sebelah rumah yang terbakar itu sementara dua cucu menumpang sementara di rumah besan di kampung berhampiran,” katanya.

Beliau bersedih kerana rumah pusaka yang menjadi lokasi utama tempat berkumpul adik-beradik dari seluruh negeri semasa Hari Raya Aidilfitri telah musnah sepenuhnya.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.033056 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list