CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12448|Reply: 0

Si Husky bantu angkat bagasi

[Copy link]
Post time 18-2-2025 07:29 AM | Show all posts |Read mode

Hakimi membantu mengangkut barangan tetamu inap desa. FOTO Agensi

Beijing: Seekor anjing baka Husky di China menjadi tular di Internet kerana sifatnya yang suka membantu tetamu mengangkat bagasi untuk masuk ke dalam inap desa.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, perkhidmatan luar biasa itu menarik ramai pelancong dan menjana pendapatan sehingga 200,000 yuan (kira-kira RM122,066) dalam tempoh tiga hari.

Anjing diberi nama Hakimi itu dibesarkan oleh Xu, pemilik inap desa di bandar pelancongan terkenal Lijiang, wilayah Yunnan, di barat daya China.

Anjing comel itu bukan saja menarik perhatian ramai di media sosial tetapi tarikan di inap desa kerana membawa ramai pelancong.

Xu memberitahu Cover News bahawa inap desa itu mempunyai sembilan bilik dan dia mula memelihara anjing itu sejak ia dibuka.

"Apabila Hakimi datang ke rumah kami, ia sangat bertenaga. April lalu, apabila saya mengeluarkannya untuk bermain dan memintanya cuba menarik troli, saya terkejut, ia belajar serta-merta.

"Kami tidak pernah melatihnya namun, kemahirannya bertambah baik setiap hari.

"Selain itu, Hakimi jarang memusnahkan barang di rumah, mungkin kerana ia menggunakan tenaganya di luar," tambahnya.

Menurut Xu, Hakimi benar-benar seronok dan bersemangat untuk 'bekerja'.

Laluan Hakimi hanya kira-kira 200 meter, dari Pintu Selatan Bandar Lama Lijiang ke inap desa itu.

"Kami hanya membawanya keluar untuk mengangkat bagasi apabila tetamu memintanya.

"Ramai tetamu memintanya, dan anjing itu biasanya melakukannya kira-kira tiga hingga enam kali sehari," kata Xu, sambil menambah bahawa kira-kira 80 peratus tetamu di inap desanya datang khusus untuk menggunakan perkhidmatan Hakimi.

Pada mulanya, Xu memuat naik video Hakimi mengangkat bagasi dalam talian hanya untuk keseronokan dan mengejutkan apabila meraih populariti dengan cepat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.060704 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list