CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9442|Reply: 0

'Asuh' 12 sugar glider

[Copy link]
Post time 27-2-2025 09:26 AM | Show all posts |Read mode

SUGAR glider adalah haiwan yang jinak jika bijak menjaganya.

Sugar glider sememangnya haiwan yang comel dan mendapat perhatian ramai untuk menjadikannya sebagai haiwan kesayangan.

Malah, sikap yang boleh 'diasuh' menjadi jinak membuatkan haiwan itu semakin popular dalam kalangan pencinta haiwan.

Bagi peminat sugar glider tempatan, Nor Aishah Omar, 52, dia mula menjadikan sugar glider sebagai haiwan kesayangan pada 2005. Sehingga kini, dia mempunyai sepuluh sugar glider sendiri dan dua sugar glider 'angkat.'

Katanya, dua sugar glider angkat itu diamanahkan kepadanya oleh seorang pemilik yang terpaksa bekerja di luar negara.

"Semua sugar glider saya adalah betina kerana saya tidak mahu menjadi 'penternak.' Saya membela haiwan ini kerana minat dan ingin memastikan semuanya dijaga dengan baik.

"Saya mempunyai pelbagai baka sugar glider antaranya black beauty, creamino, platinum silverbell, classic grey, carmino, leucistic, carmino mosaic, mosaic ringtail dan white mosaic," katanya.

Katanya, ketika kali pertama dia memiliki sugar glider, haiwan itu tidak popular sebagai haiwan peliharaan seperti hari ini dan dia banyak merujuk blog atau perkongsian penulisan dari luar negara.

"Sugar glider pertama yang saya miliki adalah daripada baka classic grey yang dibelikan kawan saya pada RM380 untuk betina dan RM350 untuk jantan. Tetapi, saya ingin betina sahaja.

"Selang beberapa bulan saya membeli seekor lagi dan bertambah sehingga menjadi belasan ekor. Sugar glider saya yang pertama dibeli sudah pun mati pada usia 15 tahun," katanya.

SUGAR glider milik Nor Aishah diberi makanan seimbang.

Katanya, selama 20 tahun dia membela haiwan itu pelbagai maklumat yang dicari untuk memberi manfaat kepada haiwan kesayangannya. Perkara paling dititikberatkan Nor Aishah pastinya mengenai diet.

"Sugar glider memerlukan diet seimbang setiap hari untuk kesihatannya. Jadi, saya perlu memahami dari segi kandungan makanan dengan jelas dan teliti. Jika diet seharian tak ikut nisbah disarankan, sugar glider akan dapat penyakit seperti sawan, kepala 'teleng', lumpuh kaki belakang katarak mata, penyakit tulang dan sebagainya.

"Masalah kesihatan ini berlaku kerana pemberian makanan yang mempunyai fosforus secara berlebihan dan kerap. Sesetengah kes penyakit ini boleh dirawat jika masih baru berlaku atau kita nampak tanda awal," katanya.

Tambahnya, sekiranya penyakit itu berlaku perkara utama yang perlu dibuat adalah membawa sugar glider ke klinik untuk pemeriksaan dan rawatan melalui ubat-ubatan.

"Begitu juga jika kita bagi sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi kandungan oksalat, contohnya bayam, ubi bit dan raspberi. Oksalat menyumbang pembentukan batu karang.

"Perlu diingat bahawa pemberian makanan yang terlalu tinggi tahap kalsium, oksalat dan fosforus tanpa kawalan boleh mendatangkan masalah besar kepada haiwan itu di masa akan datang. Jika dibiarkan tanpa rawatan boleh menyebabkan kematian," katanya.

SANGKAR sugar glider yang mempunyai pelbagai alat permainan.

Katanya lagi, dari segi penjagaan, sugar glider peliharaannya mempunyai satu bilik khas sendiri dan di dalamnya ada sangkar yang menempatkan haiwan berkenaan.

"Sugar glider ini adalah haiwan yang boleh dijinakkan dan kenal tuannya. Setiap hari saya akan pastikan mempunyai masa untuk bermain dengan sugar glider milik saya.

"Tahap jinak sugar glider milik saya adalah apabila dipanggil ia akan datang. Selain itu, jika ketika orang lain memegangnya dan ia nampak kehadiran saya, haiwan itu akan cepat-cepat mahu dekat saya. Ertinya sugar glider ini sudah dapat keserasian dengan tuannya," katanya.

Katanya, dia sudah menganggap sugar glider yang dimiliki seperti anak sendiri yang perlu diberi perhatian, dibelai dan dimanjakan.

"Saya mempunyai masalah kesihatan berkaitan tekanan, apabila saya memegang sugar glider yang dimiliki rasa tekanan itu hilang kerana keletahnya yang manja," katanya.

PELBAGAI jenis makanan berkhasiat diberikan Nor Aishah kepada sugar glider miliknya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.491555 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list