CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7032|Reply: 0

Penjaga tanah kubur macam samseng- marah waris upah ‘orang luar’ bersih kubur, siap maki-maki bodoh!

[Copy link]
Post time 4-3-2025 12:58 PM | Show all posts |Read mode


Selain tuntutan agar mencari rezeki yang halal, umat Islam juga disaran supaya menjaga adab bagi memperoleh keberkatan.

Namun tidak dinafikan ada segelintir individu yang gagal mempraktikkan adab ketika mencari rezeki, sebagaimana kisah yang dikongsikan seorang wanita ini di TikTok.

Menurut wanita tersebut, kejadian berkenaan berlaku di sebuah tanah perkuburan ketika dia menziarahi pusara arwah anak perempuannya.

"Ada orang yang buat part-time bersihkan kubur, jadi kita bayar dia. Tapi ada seorang pakcik tu, tiba-tiba dia cakap... kau jangan pakai mereka… tak ada permit.

"Saya cakap... tak apa pakcik… kita share rezeki. Lepas tu dia bising-bising. Dia ada bawa dua orang bersamanya, dia cakap... kau tak nak pakai (khidmat) mereka ni? Mereka ni tak makan tau... kau tak kesian ke?.

"Mereka (dua pekerja itu) bukan orang sini. Kemudian dia cakap... kau memang bodoh. Dua kali. Dekat kubur juga nak cari gaduh," ceritanya.

Menurut wanita tersebut, meskipun terkejut dilontarkan kata-kata makian, dia mengambil langkah untuk berlalu pergi bagi mengelakkan perang mulut berterusan.

"Kalau anda pergi kubur, terpulanglah kepada siapa anda nak upah. Rezeki itu hak anda untuk berkongsi dengan sesiapa.

"Tapi pakcik ini benar-benar buatkan saya hilang kata-kata. Memang dia orang tua, tapi tak patut dia cakap macam tu hanya sebab tak upah pekerjanya," luahnya lagi.

Perkongsian wanita tersebut sehingga kini meraih lebih 81,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan reaksi netizen yang bercampur.

Malah ramai turut berkongsi pengalaman berdepan dengan golongan tua yang tidak pandai menghormati orang lain dan 'cakap lepas'.

"Masa nak bayar dekat kaunter, kita sampai dulu dekat cashier... tak semena-mena seorang makcik datang menyelit dan letak barang dia. Kalau muda, nak je sound.

"Pernah kena marah dengan pakcik driver bas sebab kita beriya cari seat yang betul. Dia perli beritahu duduk je mana-mana. Tak tahu kenapa mood dia hangin sangat.

"Orang tua memang ada spesies mulut tak ada insurans. Ingat orang muda je kena hormat dan ikut cakap dia," komen netizen.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.443562 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list