View: 7568|Reply: 2
|
Nikita Mirzani dan pembantu peribadi ditahan polis, terkait ke peras ugut & penggubahan wang haram
[Copy link]
|
|
PELAKON Nikita Mirzani ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan peras ugut membabitkan pemilik produk kecantikan iaitu Dr Reza Gladys.
Tidak hanya itu, Nikita, 39, turut ditahan atas dakwaan terbabit dalam aktiviti penggubahan wang haram.
Pihak polis memaklumkan Nikita ditahan bersama pembantu peribadinya dikenali sebagai Mail Syahputra.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu dilaporkan bakal direman selama 20 hari bagi membantu siasatan.
"Penahanan ini dilakukan berdasarkan bukti kukuh termasuklah bukti pemindahan wang, rakaman percakapan serta dokumen peras ugut," kata wakil polis seperti dilaporkan Detik News.
Ketika dibawa keluar dari balai polis, Nikita dilihat mengenakan baju tahanan berwarna jingga.
Bagaimanapun Nikita tidak memberi sebarang komen berhubung kes tersebut dan hanya melemparkan senyuman ke arah petugas media.
Sebelum ini, pihak berkuasa di Indonesia menamakan Nikita sebagai suspek utama dalam kes membabitkan usahawan kosmetik berkenaan.
Reza membuat laporan polis terhadap Nikita pada 3 Disember 2024 selepas mendakwa pelakon itu memfitnah dan melakukan peras ugut terhadapnya di media sosial.
Jika disabitkan kesalahan, Nikita boleh dihukum penjara maksimum enam tahun.
Tidak hanya itu, Nikita turut berdepan dengan pertuduhan membabitkan penggubahan wang haram yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun jika disabitkan kesalahan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau didapati bersalah, kali ke-2 la meringkuk ke penjara dia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
manadorang connect dgn org yg money laundering tu e..ke sebab dorang femes |
|
|
|
|
|
|
| |
|