CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13889|Reply: 0

Sekali jejak bazar Ramadan, habis RM150! Balik rumah terkejut, rasa tak masuk akal tengok makanan dibeli

[Copy link]
Post time 8-3-2025 12:47 PM | Show all posts |Read mode

MASUK bazar Ramadan boleh jadi rambang mata sehingga tidak sedar jumlah yang sudah dibelanjakan.

Dari lauk-pauk, kuih-muih dan makanan viral, ramai sanggup beratur panjang untuk membeli juadah berbuka puasa.

Tanpa sedar, seorang lelaki memberitahu dia telah membelanjakan sebanyak RM150 ketika berkunjung ke bazar Ramadan baru-baru ini.

Proses mudah bayaran tanpa tunai, dengan hanya mengimbas kod QR membuatkan dirinya leka dalam dunianya sendiri.

"Saya habiskan kira-kira RM150 di bazar semalam tanpa sedar. Asyik scan kod QR untuk pembayaran saja.

"Saya tak pernah kata 'tidak' kepada keluarga. Jadi, saya beli apa saja yang mereka mahu," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.


Namun lelaki ini juga tidak menyangka apabila melihat kembali semua pembeliannya di bazar Ramadan, selepas pulang ke rumah.

"Bila balik rumah dan letak semua atas meja, saya terkejut. Ini saja ke yang kami beli?

"Tiga hidangan utama, satu pembuka selera, dua pencuci mulut, dan tiga minuman," ujarnya.

Luahnya, dibandingkan dengan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan lima tahun lalu, ia mungkin berharga antara RM50 hingga RM60.

"Dulu, semangkuk nasi tomato dengan ayam berharga RM6, sekarang? Harganya RM12!" katanya.

Menurut lelaki yang bergelar bapa itu, dia mengakui menikmati juadah berbuka puasa yang dimasak di rumah merupakan satu penjimatan.

"Memang masakan rumah adalah yang terbaik dan paling jimat, tapi saya nak bawa anak-anak untuk pengalaman ke bazar.

"Banyak pilihan, kan. Apa yang buat saya berfikir adalah, berapa agaknya kos untuk ke bazar dalam lima atau 10 tahun akan datang?

"Adakah berbelanja RM200 untuk sekali datang? Atau mungkin RM300?" soalnya meramalkan masa depan.


Meskipun akur kenaikan harga makanan disebabkan harga bahan mentah yang melambung tinggi, tapi baginya, ia tetap tidak masuk akal.

"Sampai satu tahap, ia jadi tak masuk akal. Kalau nak habiskan banyak tu, baik pergi restoran pertengahan untuk bufet kan?

"Saya pun fikir macam tu tapi Ramadan hanya sekali setahun. Sekali-sekala pergi bazar untuk rasa suasana berbeza, raya kan setahun sekali.

"Saya tak selalu pergi ke bazar setiap hari, sebab kesesakan lalu lintas dan susah nak dapat parking. Yang lucunya, anda masih boleh dapat makanan pada harga berpatutan di pasar malam tapi bukan di bazar Ramadan.

"Konsep yang sama tapi keadaan dan harga berbeza, yang memang tidak masuk akal," katanya lagi.


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.078087 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list