View: 18248|Reply: 1
|
Bimbangkan keselamatan jika melancong bersendirian, empat pengembara solo wanita kongsi pengalaman dan panduan
[Copy link]
|
|
Perjalanan solo wanita bukan saja sekadar trend, ia juga menunjukkan wanita semakin berani untuk menikmati kebebasan dengan mengembara sendirian.
Namun, kebimbangan tentang keselamatan dan bajet sering menjadi penghalang bagi ramai wanita.
Empat pengembara solo berkongsi pengalaman mereka sewaktu melancong sendirian, bagaimana mereka menangani ketakutan, merancang bajet dan memastikan keselamatan diri.
Menangani ketakutan
Kebimbangan tentang keselamatan dan keraguan diri adalah seiring bagi pengembara solo wanita. Namun, dengan persediaan yang rapi dan kesedaran yang tinggi, ketakutan ini boleh diatasi.
Hani Ismail, 33, pengurus sebuah syarikat logistik tempatan, baru sahaja menamatkan perjalanan selama 15 hari merentasi Korea Selatan dan Jepun. Beliau berkongsi bagaimana perancangan yang rapi membantunya berasa lebih selamat ketika mengembara seorang diri.
"Ketakutan terbesar saya adalah rasa tidak berdaya jika sesuatu yang buruk berlaku sewaktu jauh dari rumah. Apabila mengembara berseorangan, kita hanya ada diri sendiri untuk diharapkan, jadi persediaan untuk menghadapi situasi terburuk adalah amat penting.
"Saya kerap mengemas kini orang tersayang tentang lokasi saya. Sebagai seorang Muslim, selepas melakukan yang terbaik, saya bertawakal."
Bagi Farah Hayati, 27, yang bekerja dalam bidang Jualan & Pemasaran, perjalanan solo pertamanya bermula secara tidak disangka apabila rancangan perjalanan bersama seorang rakan bertukar menjadi solo selepas rakannya terpaksa tarik diri.
Beliau percaya bahawa minda yang kuat adalah kunci untuk menepis keraguan diri. "Kita perlu sentiasa berfikiran positif dan kuat. Jika kita tidak yakin dengan apa yang kita lakukan, kita akan terlepas peluang untuk menikmati pengembaraan kita dengan sepenuhnya."
Percutian bajet tanpa menjejaskan keselamatan
Menyeimbangkan kemampuan dan keselamatan adalah antara cabaran terbesar dalam perjalanan solo.
Semasa melanjutkan pengajian sarjana di United Kingdom sebelum ini, Nureina Syafika, 29, mengambil peluang untuk memulakan perjalanan solo merentasi Eropah dengan melawat Austria, Portugal dan Paris.
“Kita mesti melakukan perancangan yang teliti. Sebelum memulakan perjalanan solo, saya menyusun jadual perjalanan dengan terperinci, mencari penginapan selamat dan mesra bajet. Jangan lupa buat tempahan awal!”
"Daripada memilih antara kos atau keselamatan, saya meluangkan masa untuk menyelidik destinasi saya secara mendalam. Saya akan mencari hotel yang mendapat ulasan positif dan memiliki ciri-ciri keselamatan yang ketat," ujar Nureina yang juga seorang peguam.
Menyelami budaya setempat
Salah satu aspek paling berharga dalam pengembaraan solo adalah peluang untuk berinteraksi dengan masyarakat dari pelbagai budaya.
Bagi Aina Mardhiah, 27, seorang penganalisis jenayah, semangat mengembara sudah pun sebati dalam dirinya sejak kecil.
Beliau memulakan perjalanan solo pertamanya seawal usia 12 tahun dengan menaiki kereta api dari Pasir Mas, Kelantan ke Kuala Lumpur.
Kini, Aina pasti akan meneroka tempat baharu untuk mencari komuniti Muslim pada setiap negara yang dikunjunginya.
"Ketika perjalanan ke Taichung, Taiwan, saya berpeluang bertemu dengan saudara Muslim mualaf di sana yang sangat teruja untuk berkongsi pengalaman serta budaya mereka. Paling mengagumkan adalah keramahan dan layanan mereka menyambut saya seperti keluarga sendiri,” kata Aina.
Nureina pula berkongsi pendekatan mudah tetapi berkesan dalam membina hubungan bermakna. “Saya belajar cara terbaik untuk berhubung dengan penduduk tempatan adalah dengan memulakan perbualan sama ada dengan pemilik kafe atau beramah mesra dengan kakitangan hotel. Interaksi kecil seperti ini boleh mencipta pengalaman yang amat berharga.”
Nasihat buat bakal pengembara solo
Bagi mereka yang ingin mencuba pengembaraan solo, para pengembara berpengalaman ini mempunyai satu pesanan yang sama - beranikan diri dan mulakan langkah pertama.
Aina menggalakkan bakal pengembara solo untuk buang rasa takut dengan mempercayai diri sendiri.
Bagi Farah, segalanya bermula dengan langkah pertama. “Jika anda tidak dapat berhenti memikirkan tentang destinasi impian, terus cari maklumat, tempah tiket penerbangan. Berfikir secara berlebihan dan meragui diri sendiri tidak akan membawa anda ke mana-mana.”
Bagi pengembara solo yang mengutamakan keselamatan dan keselesaan, antara platform yang boleh dipercayai untuk menempah bas secara dalam talian adalah seperti redBus.
Jadi, jika anda sudah lama mengimpikan pengembaraan solo, mengapa tunggu lagi? Rancang, bersedia dan mulakan langkah pertama! — Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pompan pi solo, pi la tmpt2 yg selamat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|