CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17683|Reply: 0

Kembara ketika berpuasa, siapa kata mustahil? Utamakan bersahur dan mulakan aktiviti pada awal hari

[Copy link]
Post time 9-3-2025 10:04 PM | Show all posts |Read mode


JARANG sekali kita mendengar pengembara atau traveller yang melaksanakan aktiviti jelajah mereka pada bulan Ramadan.

Cuaca panas pada bulan puasa antara cabaran apabila umat Islam di Malaysia perlu menahan lapar dan dahaga bagi menjalani ibadat itu.

Begitu juga kedai makan yang rata-ratanya tidak dibuka dari awal pagi sebagai tanda menghormati bulan tersebut. Akan tetapi menjelajah bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan.

Masih terdapat beberapa pengembara yang sangat menantikan bulan mulia ini untuk memulakan jelajah mereka kerana ingin melihat budaya dan suasana di beberapa tempat.

Jadi, beberapa aspek perlu diambil kira untuk memastikan anda kekal bertenaga bagi meneruskan perjalanan yang diatur.

Majoriti berkongsi lima perkara yang anda boleh ambil perhatian untuk mengembara di bulan Ramadan.  


Sahur dan mulakan aktiviti pada awal hari

Seringkali kita dinasihatkan untuk bersahur supaya perut tidak mudah lapar di siang hari.

Tubuh manusia yang diisi dengan makanan akan membekalkan nutrien dan tenaga bahkan menguatkan lagi semangat untuk berpuasa dan menjalani rutin kehidupan seharian.

Adakalanya, ia menjadi satu kewajipan pada setiap individu. Kemudian, rancang aktiviti harian jelajah anda lebih awal kerana jika perjalanan bermula pada awal pagi, anda masih kenyang dan masa tidak terbuang begitu sahaja.

Elakkan daripada berjalan di tengah panas terik untuk membolehkan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan lebih banyak.



Stok makanan ringan

Apabila sedang menjelajah, pelbagai kemungkinan yang tidak dijangka boleh berlaku yang menyebabkan anda lewat berbuka, hal yang sama boleh berlaku semasa dalam perjalanan.

Antara kemungkinan kerap terjadi adalah anda terpaksa beratur panjang ketika hendak singgah membeli makanan di bazar Ramadan, kedai makan dan meja serta kerusi penuh atau terkandas di dalam kesesakan lalu lintas.

Oleh itu, apa kata amalkan untuk sentiasa membawa makanan ringan atau stok di dalam beg sebagai bekalan untuk anda berbuka puasa terlebih dahulu jika berdepan situasi tersebut.

Antara snek yang sesuai dibawa termasuk coklat, kacang, buah kering dan air mineral kerana sekurang-kurangnya perut anda sudah terisi sebelum menjamah makanan berat.

Seperti hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawi kitab Shahih menyebut: “Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur”.



Elak air manis, lebihkan air masak

Cabaran yang biasa disebut-sebut oleh masyarakat Malaysia ketik berpuasa adalah cuaca panas menyebabkan tekak cepat terasa dahaga.

Tidak dinafikan, air sejuk bahkan manis pasti menggiurkan sesiapa sahaja. Namun perlu diingat, minuman manis dan berkafein perlu dikurangkan dan banyakkan meminum air masak walaupun kadang-kala air manis itu lebih menyelerakan.

Ini kerana minuman air manis boleh menyebabkan rasa haus berlebihan dan menyebabkan dehidrasi atau kehilangan air dalam badan. Bahkan kulit akan menjadi kering dan kusam serta tidak bermaya.

Tetapi tidaklah bermaksud anda tidak boleh langsung meneguk air manis kerana badan juga memerlukan gula untuk tenaga.

Cuma lebihkan minum air biasa tiga hingga empat liter setiap kali bersahur untuk betul-betul hilangkan rasa haus ketika mengembara.



Elak makanan bergoreng dan pedas

Pastinya pengembaraan anda tidak terganggu kerana masalah sakit perut. Jadi untuk mengelakkan situasi itu, sebaiknya anda mengelak makanan berminyak dan bergoreng kerana kesukaran sistem pencernaan untuk menghadam makanan tersebut amat tinggi.

Begitu juga makanan pedas, walaupun ia tidaklah dikatakan mendatangkan mudarat malah ia tetap memberi kesan kepada kesihatan. Oleh itu, amat tidak digalakkan makanan tersebut diambil ketika berbuka atau bersahur.

Ini kerana kategori makanan tersebut boleh menyebabkan anda lebih dahaga sepanjang tempoh berpuasa.

Apatah lagi berbuka dengan menjamah makanan pedas semasa perut kosong, memang tidak selesa dan boleh mengakibatkan cirit-birit.

Buat pengembara di luar sana, anda boleh mencuba untuk mengamalkan makan kurma bersama buah-buahan lain yang dicampur bersama oat. Kategori makanan tersebut amat membantu untuk kekal bertenaga.



Pilih masjid atau surau sebagai tempat berehat/bercuti

Sama ada anda berjalan atau menaiki kenderaan, cari dan jadikanlah tempat seperti masjid atau surau sebagai tempat persinggahan untuk anda berehat seketika serta dapat melakukan ibadah wajib dan amalan sunat yang lain.

Lokasi seperti ini amat mengalu-alukan untuk sesiapa sahaja (jika bukan Muslim perlu berpakaian sopan menutup aurat) untuk singgah berehat tanpa sebarang bayaran.

Bahkan anda juga boleh menyejukkan badan selepas seharian berpanas kerana kebanyakan masjid atau surau kini mempunyai penghawa dingin, kalau tidak pun kipas yang berfungsi dengan baik.

Pada masa sama, kebiasaannya hotel-hotel akan memberikan potongan harga yang cukup berbaloi menjelang Ramadan.

Ini fakta dan peluang kepada anda untuk merasai pengalaman tidur di hotel memandangkan pada bulan Ramadan, pengunjung agak berkurangan.— Majoriti



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:43 PM GMT+8 , Processed in 1.112648 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list