CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17532|Reply: 0

[Seni] Bertukang dengan gergaji, tukul besi arwah ibu, Nani wanita kreatif di sebalik ‘House of Art’, Kuala Pilah

[Copy link]
Post time 10-3-2025 09:45 PM | Show all posts |Read mode


BENARLAH kata orang, usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Ia terbukti selepas melihat kejayaan pemilik teratak seni atau dikenali sebagai House of Art di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pelbagai liku kehidupan dihadapi Rafidah Nani Afandi sebelum berada tahap sekarang.

Pereka hiasan dalaman rumah, fesyen dan tukang jahit sepenuh masa berusia 47 tahun itu yang berjaya menonjolkan bakat dan kemahirannya dalam bidang seni.

Jika sebelum ini, banyak yang menceritakan tentang hasil tangannya menghias kediamannya sehingga meraih tumpuan ramai dan dijadikan sebagai kunjungan berbayar pada harga serendah RM10.

Kreativitinya menghasilkan hiasan rumah menggunakan bahan-bahan terpakai juga menarik pengunjung dari pelbagai negeri.

Bercerita serba sedikit tentang perjalanan awalnya memulakan perniagaan dan penghasilan seni itu, Rafidah atau lebih senang disapa Nani berkata, niatnya hanyalah untuk mengisi masa lapang ketika waktu pandemik Covid-19 dengan memuat naik video di akaun TikTok.

Tanpa disangka, aktivitinya disedari dan mula menerima tempahan terutamanya untuk menghasilkan replika baju tradisional dan hiasan pokok duit.

Nani juga sebenarnya pernah aktif menjadi penghias pelamin perkahwinan sebelum mengubah haluan sejak 2019.

Katanya, itu merupakan tahun yang menjadi titik permulaan serta menyimpan seribu satu kenangan pahit dan manis dalam hidupnya.

“Rumah ini sebenarnya ambil masa sembilan tahun untuk siap dan buat secara beransur-ansur kerana belum ada modal yang banyak.

“Jadi, saya buat sedikit demi sedikit-sedikit mengikut keperluan. Maksudnya jika perlukan meja atau kerusi waktu itu maka kita buat dengan bantuan suami dan anak-anak.

“Tetapi, saya ingat lagi waktu mula-mula nak hias rumah sebelum dibantu suami sebab kebanyakan perabot kecil saya hasilkan sendiri.

“Ketika itu, tiada apa-apa peralatan dan arwah ibu ada tinggalkan gergaji dan tukul besi sahaja.

“Jadi, saya pun beranikan diri untuk cuba bertukang sendiri sampai ada masa terketuk tangan,” katanya kepada Majoriti.



Baju kebaya ibu

Katanya, baju kebaya merupakan identiti utama rumah galerinya kerana diinspirasikan oleh ibunya sendiri.

“Keluarga saya sebenarnya memang berasal dari Jawa termasuk ibu dan ayah. Tetapi mereka lahir di Malaysia walaupun datuk dan nenek warga Indonesia.

“Jadi, ibu memang suka sangat pakai baju kebaya di mana-mana pun termasuk di rumah. Jarang sekali pakai baju biasa atau baju kurung.

“Maka, saya lihat perkara itu sejak kecil dan kalau buat replika baju pun selalu terhasil rekaan kebaya,” katanya.

Nani bagaimanapun berkata, beliau kini tetap menerima tempahan replika rekaan baju selain kebaya mengikut permintaan pelanggan.

Bercerita lanjut, semangat Nani ternyata diserap daripada arwah ibunya yang merupakan seorang wanita cekal membesarkan 10 orang anak.

“Arwah ibu suka buat semua sendiri termasuk hasilkan perabot disebabkan dia ibu tunggal.

“Semangat dan pesanannya saya pegang sehingga sekarang.

“Arwah punya pegangan hidup mudah sahaja. Sebenarnya kalau nak ikutkan arwah ibu alami tekanan mental sangat tinggi dengan pernah melakui proses penceraian pada usia 50-an.

“Ditambah pula empat daripada anaknya meninggal dunia. Tetapi pegangan ibu kalau sedih jangan baring sahaja.

“Dia cakap pada saya ‘jangan melayan sangat kesedihan, bangun pergi buat kerja’. Ternyata ia betul dan itulah prinsip yang buat saya berada di tahap ini,” ujarnya.



Katanya, dengan membuat sesuatu aktiviti atau kerja dapat membantu dirinya lebih fokus dan meluoakan segala kesedihan dialaminya.

Menjadi tunggak dalam keluarga, isteri kepada, Norfaizal Wahab, 47, dan ibu dua anak lelaki itu bagaimanapun sentiasa cuba menyeimbangkan tanggungjawab hakiki dan kerjayanya.

Bersyukur sokongan daripada anak-anak, terutama anak sulung yang kini sudah mula mengusahakan produk-produk seni mereka sendiri sedikit sebanyak membantu Nani dalam perniagaannya.

Menurutnya, meskipun kedua-dua anak lelakina tidak begitu berminat dalam bidang pertukangan pada mulanya kini semakin mendalami seni kraf tangan serta menjadikan House of Art lebih berkembang dan berjaya.

Nani pada masa sama berharap agar legasinya juga dapat diturun dan diwarisi anak-anaknya kelak.

Ketelitian seorang wanita

Nani dalam pada itu berkata, sebagai seorang wanita yang sangat teliti dalam kerjanya, beliau menekankan bahawa kepuasan diri adalah faktor penting dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

Nani percaya bahawa hanya dengan menghasilkan karya terbaik untuk kepuasan diri, barulah dapat memenuhi kehendak dan harapan pelanggan.

Prinsip ini diterapkan dalam setiap rekaan dan produk yang dihasilkan untuk House of Art.

“Setakat ini, memang kami berempat sahaja yang uruskan semua tempahan pelanggan.

“Kerana saya mahu memastikan kualiti produk yang dihasilkan itu bagus dan sama dengan permintaan pelanggan.

“Saya juga sangat teliti dengan setiap hasilnya dan jika serahkan kepada anak atau suami pun saya akan periksa semula,” katanya.

Menjadi inspirasi kepada wanita lain, Nani sempat berkongsi beberapa pesanan.



Pesannya, wanita memainkan peranan penting dalam sesebuah keluarga terutama daripada golongan sederhana sepertinya.

“Ramai yang minta saya beri semangat khususnya golongan wanita yang nak jana pendapatan untuk membantu keluarga.

“Sebenarnya antara kekuatan yang kita sendiri tidak sedar adalah kita boleh buat pelbagai perkara dengan syarat mestilah yakin.

“Sebagai wanita kalau tidak yakin dengan apa yang kita nak buat memang tidak akan ke mana-mana.

“Jadi yang paling utama sebenarnya adalah keyakinan sebab dengan itu kita ada semangat untuk berusaha lebih baik,” sarannya. — Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.289440 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list