CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1899|Reply: 0

[Johor] Johor tanggung kos perubatan dua pelajar kemalangan di Jordan

[Copy link]
Post time 11-3-2025 11:47 AM | Show all posts |Read mode


MOHD Fared ketika sidang akhbar di Kota Iskandar, hari ini. FOTO Izz Laily Hussein

Iskandar Puteri: Kos perubatan dua pelajar Universiti Mu'tah, Jordan, yang terbabit kemalangan jalan raya di negara Asia Barat itu kelmarin, akan ditanggung kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata, dua penuntut Tahun Pertama dalam bidang Fiqh Wa Usul di universiti itu adalah anak jati Johor.

Beliau berkata, penuntut terbabit ialah Muhammad Zaqwan Azhar Masjudin dan Muhammad Ilham Dzurlkarnian @ Zulkarnian.

"Maklumat yang diperoleh mendapati kedua-dua penuntut ini hanya cedera ringan, namun masih dalam keadaan trauma.

"Kos perubatan mereka sebanyak RM4,424.59 akan ditanggung Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)," katanya ketika sidang media selepas Taklimat Penyelarasan Pembasmian Kemiskinan Tegar dan Taklimat Program Dapur Kasih Johor 2025 di Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Ketika ini, kedua-dua penuntut itu masih di Hospital Al-Karak, Jordan. Muhammad Zaqwan dijangka keluar dari hospital hari ini, manakala Muhammad Ilham masih menggunakan pembalut leher dan masih dalam pemantauan hospital.

Semalam, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui pejabat Education Malaysia Jordan (EMJ) memantau rapat keadaan empat pelajar Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya di negara itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.078656 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list