View: 10070|Reply: 0
|
Boleh agak akan selalu makan hati, janda anak 5 enggan ikut suami baharu pindah kampung jaga adik ipar
[Copy link]
|
|
KEHIDUPAN berumah tangga sering melibatkan kesepakatan suami isteri membuat keputusan bersama, terutamanya jika melibatkan perkara besar.
Salah satu situasi apabila isteri atau suami terpaksa berpindah ke tempat lain atas faktor tertentu seperti pekerjaan atau keluarga.
Begitu juga situasi dilalui oleh wanita ini yang meluahkan rasa serba salah dan bimbang dilabel queen control hanya kerana enggan mengikut suaminya berpindah ke kampung.
"Saya sebelum ni janda, ada anak lima orang. Bertemu jodoh baru dengan suami sekarang. Suami dua beradik sahaja. Mak ayah mentua sudah meninggal dunia.
"Adik suami saya, perempuan dan belum berkahwin. Umur 30 tahun. Ada kerjaya, kereta, boleh berdikari sendiri. Tinggal di rumah lama yang orang tua duduki dahulu.
"Saya sedia maklum, adik ipar masih dalam tanggungjawab abangnya, iaitu suami saya selagi belum berkahwin.
"Isu sekarang, orang kerap suruh suami saya termasuk sekali sayalah balik pindah ke rumah tu untuk jaga adik dia. Tentang keselamatan adik yang tinggal seorang," tulisnya dalam satu hantaran di laman sosial.
Menurut wanita ini, dia bukan enggan mengikuti suami tanpa sebab, sebaliknya perlu memikirkan anak-anaknya yang sudah bersekolah di tempat mereka tinggal sekarang.
Malah, rumah tersebut juga bukanlah rumah pusaka sebaliknya arwah ibu dan bapa mentuanya sebelum itu menumpang rumah kepunyaan saudara mereka.
"Saya tak mahu nak menumpang rumah orang dengan anak-anak saya yang tiada kaitan dengan keluarga mereka sebab saya tahu, ke depan nanti pasti akan banyak keburukan daripada kebaikan.
"Kalau adik dia masih bersekolah rendah atau menengah, saya boleh faham juga dia masih perlu diberi perhatian rapi. Tapi sekarang adik dia dah cukup-cukup dewasa untuk jaga diri sendiri.
"Umur 30 tahun, perlu ke si abang jaga makan pakai dia lagi?
"Orang pandang buruk pada saya seperti saya atur suami supaya tidak menjaga adik dia. Saya ni jahat ke sebab tak mahu pindah ke rumah itu?" tulisnya lagi.
Menjengah ruangan komen, warga maya tampil meluahkan rasa simpati dan memahami dilema yang dilalui oleh wanita berkenaan.
Rata-ratanya menyarankan supaya dia berbincang dengan suami untuk mengelakkan berlaku salah faham dan mengeruhkan hubungan dengan adik iparnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|