CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10170|Reply: 0

Kejuaraan Minimoto cungkil bakat baharu

[Copy link]
Post time 11-3-2025 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Kejuaraan Minimoto cungkil bakat baharu

Oleh Sukhairi Thani - Mac 11, 2025 @ 5:19pm[email protected]




Setiap pelumba dibekalkan dengan jentera lumba Polini 900 Carena RS Air Cooled 4.2hp. – Foto ZK Racing




KUALA LUMPUR: Kejuaraan Minimoto Kebangsaan bakal menjadi pentas untuk mencungkil bakat muda baharu dalam sukan permotoran.

Kejuaraan anjuran Kelab Sukan Bermotor ZK ini akan menjadi perlumbaan sokongan kepada MiniGP Malaysia dengan menggunakan format 'One Make Series' dengan setiap pelumba akan dibekalkan jentera lumba Polini 900 Carena RS Air Cooled 4.2hp oleh penganjur.

Perlumbaan yang terhad kepada 18 pelumba ini terbuka kepada bakat muda dari usia 6 hingga 9 tahun dengan sesi pemilihan dijadual berlangsung pada 12 April depan.

Tiga pelumba terbaik berdasarkan pungutan mata keseluruhan akan menerima tajaan ke SIC Ohvale Junior Championship tahun hadapan.

Pengarah Kejohanan FIM MiniGP Malaysia dan Kejuaraan Kebangsaan Minimoto, Zulfahmi Khairuddin berkata, kejuaraan ini dianjurkan bagi membolehkan kanak-kanak menceburi dunia permotoran.

"Seperti yang kita tahu, FIM MiniGP Malaysia sudah berkolaborasi dengan M8 Pushbike dan kejohanan Minimoto ini adalah kesinambungan daripada pushbike ke sukan bermotor.

"Dahulu, perlumbaan pocketbike sangat meriah dengan dianjurkan beberapa kelab berlainan, namun ia semakin berkurang tahun demi tahun.

"Melalui inisiatif ini, Kelab Sukan Bermotor ZK berusaha mengembalikan kegemilangan perlumbaan pocketbike dan membina asas lebih kukuh untuk pelumba muda," kata Zulfahmi.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2025/03/1371410/kejuaraan-minimoto-cungkil-bakat-baharu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:42 PM GMT+8 , Processed in 1.230307 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list