View: 6208|Reply: 2
|
Melampau tuduh Kim Soo Hyun jalin hubungan dengan mendiang Kim Sae Ron, agensi bakal ambil tindakan
[Copy link]
|
|
AGENSI pengurusan pelakon Kim Soo Hyun bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Garosero Institute (Ga Se Yeon) atas dakwaan yang dibuat oleh saluran YouTube berkenaan.
Allkpop melaporkan, agensi Soo Hyun iaitu Gold Medalist mengeluarkan kenyataan rasmi menafikan dakwaan aktor berkenaan pernah menjalin hubungan dengan pelakon Kim Sae Ron ketika di bawah umur serta terlibat dengan skandal memandu di bawah pengaruh dadah (DUI).
"Mereka (Ga Se Yeon) mendakwa kami dan Soo Hyun bersekongkol dengan YouTuber Lee Jin Jo untuk menganiaya mendiang Sae Ron bahawa Soo Hyun pernah bercinta dengannya sewaktu dia berusia 15 tahun.
"Dakwaan insiden DUI juga adalah 100 peratus palsu dan tidak boleh diterima sama sekali.
"Agensi kami akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ga Se Yeon kerana menyebarkan maklumat palsu," katanya.
Dalam pada itu, agensi pelakon drama Queen of Tears ini menentang sekeras-kerasnya tindakan Ga Se Yeon kerana menyebarkan khabar angin tidak berasas.
Pihaknya turut memberi amaran untuk menghentikan segala penyebaran maklumat yang tidak benar.
"Penyebaran maklumat palsu ini hanya mencetuskan budaya 'cyber wrecking' yang memberi kesan kepada mendiang. Perkara ini tidak boleh dibiarkan.
"Sila elakkan daripada menyebarkan atau mengeluarkan semula maklumat palsu yang tidak berasas," ujarnya.
Sebelum ini, menerusi strim secara langsung di YouTube, Ga Se Yeon mendakwa Soo Hyun dan Sae Ron menjalin hubungan cinta selama enam tahun sejak mendiang aktres itu berusia 15 tahun.
Saluran YouTube itu memetik nama ibu saudara Sae Ron yang membuat dakwaan bahawa agensi Gold Medalist itu melayan Sae Ron secara tidak adil berikutan insiden DUI.
Pada 16 Februari lalu, Sae Ron ditemukan ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, timur Seoul, Korea Selatan.
Aktres berusia 24 tahun itu dijumpai kira-kira pukul 4.55 petang oleh rakannya yang merancang untuk bertemu mendiang.
Balai Polis Seoul mengesahkan pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian.
Sumber : mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rasa cam betol. Kan dah leak gamba heols dgn mendiang ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|