CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2761|Reply: 0

[Sabah] JIM Sabah hantar pulang 150 PTI ke negara asal

[Copy link]
Post time 12-3-2025 10:53 AM | Show all posts |Read mode


HANTAR PULANG: Antara PTI yang dihantar pulang menerusi Pemindahan Tahanan Asing ke negara asal.

LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang seramai 150 tahanan bagi melaksanakan Pemindahan Tahanan Asing ke negara asal melalui program pembiayaan sendiri, semalam.

Pengarah JIM Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof berkata 140 tahanan berkenaan adalah warga Filipina yang dipindahkan melalui Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Lahad Datu.

Katanya, 10 tahanan lagi adalah warga Pakistan dan India yang turut dipindahkan melalui udara menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

“Semua pendatang tanpa izin (PTI) terbabit adalah berusia lingkungan dua hari hingga 82 tahun. Kanak-kanak yang balik ke negara asal diiringi sepenuhnya oleh ibu bapa atau penjaga yang sah.

“Sehingga kini, jumlah PTI yang berjaya dipindahkan ke negara asal melalui program ini adalah seramai 2,423 orang,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semua PTI terbabit telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang yang ditetapkan.

“Selain itu, mereka juga mempunyai Dokumen Perjalanan atau Pasport Antarabangsa yang sah untuk melayakkan diri mengikuti proses pemindahan tahanan asing ke negara asal,” katanya.

Sementara itu, beliau mengingatkan pelancong asing agar mematuhi sepenuhnya tempoh dan syarat kemasukan ke Malaysia termasuklah mempunyai dokumen perjalanan atau Pasport Antarabangsa yang sah.

“JIM Sabah tidak akan berkompromi dengan mana-mana warga asing yang menyalahgunakan pas serta kemudahan yang telah diberikan.

“Tindakan pendakwaan akan dikenakan kepada individu yang melakukan pelanggaran syarat pas atau permit seperti yang termaktub di bawah Akta 155 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.344107 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list