CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2471|Reply: 0

[Sabah] Tindakan pihak berkuasa bersihkan sisa pada pembetung dipuji

[Copy link]
Post time 12-3-2025 11:07 AM | Show all posts |Read mode


GIGIH: Pekerja turun ke bawah pembetung bagi mengalihkan sisa-sisa yang terperangkap.

KENINGAU: Tindakan pantas pihak berkuasa tempatan membersihkan longgokan kayu  dan sampah yang tersumbat pada pembetung di jalan utama berhampiran Tamu Ground dan Gereja Seventh-day Adventist (SDA) Keningau, dipuji.

Pembersihan segera itu dilihat dapat mengelakkan keadaan bertambah teruk sekiranya berlaku lagi hujan yang boleh menyebabkan banjir besar.

Sisa yang tersumbat dipercayai antara punca limpahan air sungai yang membimbangkan penduduk, terutama ketika hujan lebat melanda tanpa henti sejak kebelakangan ini.

Langkah segera itu bukan sahaja melancarkan kembali aliran air tetapi juga membawa kelegaan kepada komuniti setempat, termasuk pihak Gereja SDA, Gereja Anglikan, Stesen Minyak Petronas, serta peniaga jubin seramik yang sebelum ini terjejas akibat limpahan air.

Di media sosial, netizen tidak ketinggalan memuji kecekapan pihak berkuasa yang bertindak pantas sebelum keadaan menjadi lebih parah.



BERSIHKAN: Jentera berat digunakan bagi mengalihkan batang kayu yang tersangkut menyebabkan aliran air tersekat sehingga melimpah ke jalan raya dan premis berhampiran.

Sebelum ini, gambar timbunan kayu dan sampah yang menyekat pembetung tular di media sosial dan menarik perhatian ramai, termasuk liputan oleh akhbar tempatan menerusi portal berita atas taliannya.

Kini, dengan tindakan segera yang diambil, aliran air kembali lancar, sekali gus mengurangkan risiko banjir serta kerosakan kepada premis berhampiran.

Kecekapan dan keprihatinan pihak berkuasa dalam menangani isu berkenaan jelas membuktikan komitmen mereka terhadap kesejahteraan rakyat.

Langkah itu bukan sekadar menyelesaikan masalah jangka pendek tetapi juga memastikan sistem saliran lebih terpelihara, mengelakkan bencana yang lebih besar di masa hadapan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.346478 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list