CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3926|Reply: 0

[Sarawak] DAPSY diharap tiada agenda lain berikutan kenyataan mahu bekerjasama dengan GPS

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:10 PM | Show all posts |Read mode


Sharifah Hasidah ketika berucap merasmikan Program Jerayawara Bubur Asyura dan Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan di Dewan Serba Guna Kampung Tunku, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Kepimpinan negeri berharap tidak ada agenda lain susulan kenyataan Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) untuk bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi memperjuangkan tuntutan semula hak minyak dan gas (O&G) Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenainya hari ini.

“Tidak ada komen, yang penting mereka sokong apa yang diusahakan oleh yang berhormat Premier kita, jangan sokong hanya ketika hendak pilihan raya atau ada agenda lain.

“Kalau kita sokong perjuangan Sarawak, sokonglah, tidak kira parti apa, kalau untuk menyokong perkara yang baik, kita sokong sepenuhnya untuk negeri Sarawak itu saja komen yang lain, kerjasama saya tidak ada komen.

“Tidak ada kedengaran sedemikian, lagipun saya bukan presiden parti, saya tidak tahu… setahu saya tidak ada, terima kasih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jerayawara Bubur Asyura dan Penyerahan Sumbangan Bakul Makanan di Dewan Serba Guna Kampung Tunku, di sini hari ini.

Sementara itu, menyentuh tentang perbincangan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), katanya kerajaan negeri akan melihat isu-isu berkaitan peruntukan bagi geran khas kepada Sarawak mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

“Kita akan lihat isu-isu seperti geran khas mengikut Perkara 112D di mana kita telah membentangkan formula dari Sarawak, macam mana geran khas ini boleh dikira.

“Memang itu kita perlu keputusan dan juga itu adalah antara banyak perkara.

“Memang kita akan terus membincangkan perkara-perkara yang masih belum selesai sepenuhnya.

“Banyak perkara lagi yang perlu kita bincangkan, diperhalusi, jadi ia adalah satu proses berterusan dan ada banyak lagi perkara yang perlu kita perhalusi lagi,” tambahnya.

Hadir sama, Presiden Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak Datuk Ismail Abang Saufi.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.169744 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list