CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5039|Reply: 0

[Sarawak] Sagah gesa siasat dakwaan buli di sekolah menengah di Serian

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:14 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn (gambar) mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menyiasat dakwaan berlaku kes buli di sebuah sekolah menengah di Serian.

Beliau berkata beliau sedia maklum mengenai satu hantaran yang tular dalam media sosial berhubung dakwaan tersebut dan menggesa tindakan sewajarnya diambil sekiranya insiden itu berbukti benar berlaku.

“Ya (tindakan mesti diambil) jika ia terbukti benar. Ini perkara yang serius. Pihak berkuasa sekolah mesti sensitif kepada masalah seperti ini dan masalah berkaitan disiplin,” katanya apabila diminta mengulas insiden itu.

Seorang ibu memuat naik satu hantaran di Facebook mendakwa tiga anaknya yang bersekolah di sekolah berkenaan menjadi mangsa buli.

Beliau juga mendakwa pegawai atau pihak pengurusan sekolah tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada kes tersebut.

Menurut ibu pelajar tersebut, anak-anaknya mengalami kecederaan selain wang saku serta barangan peribadi turut dicuri.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata, beliau telah meminta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian memulakan siasatan dan memaklumkan hasil siasatan kepadanya.

Beliau juga memberitahu telah bercakap dengan pengetua sekolah berkenaan bagi mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.101142 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list