CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5777|Reply: 0

[Sarawak] Aspek keselamatan, kebersihan makanan jadi keutamaan di Bazar Ramadan Saratok

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:16 PM | Show all posts |Read mode


Mohamad Duri (tengah) merasmikan Bazar Ramadan Saratok 2025 dengan simbolik pemotongan riben sambil disaksikan yang lain. - Gambar MDS

SARATOK: Aspek keselamatan dan kebersihan makanan menjadi keutamaan dalam penganjuran Bazar Ramadan Saratok 2025, yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Mohamad Duri, di tapak bazar pada Selasa.

Majlis perasmian yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Saratok (MDS) itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Saratok merangkap Pengerusi MDS Muhammad Dino, Setiausaha MDS McCrea Joseph Pererra, kakitangan majlis serta ahli majlis yang bertanggungjawab memastikan kelancaran penganjuran bazar tahun ini.

Sebagai langkah meningkatkan kebersihan dan profesionalisme dalam penyediaan makanan, sebanyak 81 peniaga menerima apron dan topi yang disumbangkan oleh MDS.


Mohamad Duri (dua kanan) bersama pegawai MDS meluangkan masa berinteraksi dengan peniaga bazar sambil menyampaikan apron dan topi. - Gambar MDS

Inisiatif ini bertujuan memastikan peniaga mematuhi piawaian keselamatan makanan sepanjang bulan Ramadan, selain memperkukuhkan imej bazar sebagai lokasi jualan makanan yang bersih dan selamat.

Dalam usaha memperkukuh amalan kebersihan makanan, Jabatan Kesihatan Bahagian Betong yang diketuai oleh Dr. Mohamad Norhaizam turut menyumbangkan topi kepada peniaga serta mengedarkan risalah mengenai garis panduan keselamatan makanan.

Risalah tersebut mengandungi maklumat penting berkenaan penyimpanan makanan yang betul, kebersihan peralatan memasak, penggunaan bahan mentah yang selamat serta langkah-langkah pencegahan pencemaran makanan.


Mohamad Duri (kiri) dan pegawai MDS meninjau gerai-gerai di Bazar Ramadan Saratok, bertemu dengan peniaga. - Gambar MDS

Selain aspek keselamatan makanan, peniaga turut diingatkan agar mengekalkan kebersihan tapak bazar, termasuk pengurusan sisa makanan dan sampah secara sistematik.

MDS telah menetapkan garis panduan kebersihan yang wajib dipatuhi oleh semua peniaga, termasuk penyediaan tong sampah yang mencukupi serta memastikan kawasan perniagaan mereka sentiasa bersih dan bebas daripada pencemaran.

Bazar Ramadan Saratok bukan sekadar pusat jualan makanan, tetapi juga berfungsi sebagai platform pendidikan bagi meningkatkan kesedaran peniaga dan pelanggan tentang kepentingan kebersihan serta keselamatan makanan.



Mohamad Duri (tiga kanan) meninjau gerai-gerai di Bazar Ramadan Saratok, bertemu dengan peniaga, dan memberi penekanan kepada aspek kebersihan. - Gambar MDS
Dengan pelbagai langkah yang diambil, pihak penganjur berharap bazar ini bukan sahaja dapat memeriahkan suasana Ramadan, tetapi juga menjadi contoh bazar Ramadan yang bersih, selamat dan menepati piawaian kesihatan awam.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.635883 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list