CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6938|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak komited bantu usahawan wanita tingkat taraf hidup

[Copy link]
Post time 12-3-2025 12:20 PM | Show all posts |Read mode


Rosey (duduk depan enam kiri) bergambar bersama para peserta Program Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak 2025 Bahagian Miri yang diadakan di Dewan Masyarakat Bekenu pada Isnin.

MIRI: Kerajaan Sarawak komited dalam membantu usahawan wanita meningkatkan taraf hidup serta memastikan mereka mendapat peluang adil dan saksama dalam pembangunan ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak Datuk Rosey Yunus berkata pelbagai inisiatif diperkenalkan bagi menyokong usahawan wanita bukan sahaja dari aspek kewangan, tetapi juga dalam memperkukuh jaringan ekonomi mereka.

"Oleh yang demikian, dengan adanya bantuan dan geran ini, diharapkan lebih ramai wanita dapat meningkatkan taraf hidup melalui perniagaan yang mampan dan berdaya saing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak 2025 Bahagian Miri di Dewan Masyarakat Bekenu pada Isnin.

Hadir sama, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Subis Fauziliana Osman, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Miri Geraldine Janely Doris Peter Kulai, Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Beluru Esther Maideri Iban serta Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Telang Usan Ping Anyi Ngau.

Rosey berkata antara inisiatif yang diperkenalkan termasuk Geran Pemerkasaan NGO, Bantuan Ketua Isi Rumah Wanita Sarawak (KIRWaS) dan Geran Modal Pemerkasaan Wanita Sarawak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu turut menekankan kepentingan pemantauan terhadap penerima bantuan bagi memastikan peruntukan diberikan digunakan secara optimum dan berkesan.

"Program ini menghimpunkan pemimpin tempatan, pegawai kerajaan dan usahawan wanita bagi sesi libat urus berkaitan pelbagai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS).

"Program Jelajah Pemerkasaan Wanita Sarawak akan diteruskan ke bahagian lain di negeri ini bagi memastikan lebih ramai wanita mendapat manfaat daripada inisiatif yang telah dirancang oleh kerajaan Sarawak," tambahnya.

Turut hadir pada program itu ialah ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita serta usahawan wanita yang menjalankan perniagaan secara separuh dan sepenuh masa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.928293 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list