Sebelum aku memulakan bicara, aku ingin mengucapkan takziah kepada teman ku atau adik lagi senang cakap. Baru 20 minit yang lepas, dia menerima berita atas pemergian ibu tercintanya di Kelantan. Kami baru gelak ketawa tetapi selang beberapa minit kami menangis.
Manie, akak harap kamu tabah dik. Kehilangan ibu begitu besar pada kami. Apatah lagi minggu ini adalah Hari Ibu untuk sedunia. Memang perit dan sedih. Tapi apakan daya dik, takdirnya sudah tertulis begitu. Kehilangan itu juga menitiskan airmata mu yang selama ini berat untuk dititiskan dengan perwatakan mu yang seakan lelaki itu.
Manie, jangan menangis sayang. Hapuskan airmata mu itu. Takdir DIA, suratan DIA kita tak mengetahui. Tabah dik. Hari Ibu kali ini memeritkan bagimu dik. Kita sama-sama berdoa moga ibu mu ditempatkan di golongan insan-insan terpilih.
Dik, iringilah pemergiaannya dengan kalimah Tuhan. Moga rohnya dicucuri rahmat. Kami warga Speedy mengucapkan takziah atas apa yang berlaku. Tenangkan jiwa mu dik. Perjalanan mu ke Kelantan harus berhati-hati. Jangan menangis sayang. Janji ibu sudah sampai dan kita sendiri belum tentu lagi. Ingat dik, kuatkan diri mu.
Akak , mek jing tuko sikit tajuk ye? Harap akak tak kisah , boleh semua buat ucapan hari ibu dekat s ...
jingga007 Post at 7-5-2011 00:30
takpe dik, akak pun tak kisah. Memang kisah benar semalam (6/5/11) jam 4.50 ptg. Masa tu kami sedang gelak2 dan usik mengusik sambil makan. Manie tenagh makan keropok. Biasalah abg akak takde kat opis, so free lah sikit kami ni. Dalam gelak2 tu akak masuk bilik server nak buat kerja sikit. Dalam bilik tu memang tak dengar bunyi kat luar. Hanya bunyi bising 5 CPU server. Bila akak kuar semua dah senyap. Akak ingatkan biasa je, then budak sebelah cakap yang Manie baru terima call dr kgnya kat kelantan. Mak dia baru meninggal dunia. Aku termangu dan lihat dia tengah menangis. Tiada siapa pujuk. Budak2 lain dah panik sebenarnya. Jadi selaku kakak disitu, akak ajak dia masuk ladies dan suruh dia menangis sampai dia tenang. Hampir setengah jam. Baru dia reda. Nasihatkan dia serdekah apa yang patut pada arwah mak dia. Call kawan dia suruh ambil dia balik. Sempat juga kami buat kutipan sederkah untuk arwah. Alhamdullilah semua berkerjasama. Sedihkan. Dia selalu sambut Hari Ibu. Walau jauh tetap dia call atau bagi hadiah. Tapi kali ini hanya alfatihah saja dia dapat beri pada arwah mak dia sempena Hari Ibu. Masa nak tutup PC dia tatap wajah mak dia kat wall paper. Memang ada gambar family dan dijadikan wallpaper. Akak suruh tutup. Sebab dia nagis balik. Harap dia tabahkan dik. Untuk kawan2 dan akak sekali...hargailah ibu kita sehingga hujung nyawa. Andai terlepas tiada galang gantinya.
selamat hari ibu ntuk semua yg bergelar ibu di mana saja berada..
sayangi lah ibu anda selagi hayat masih ada.. sbb ibu adalah penyeri dlm hidup kita..
Jeles bila memasing beri ucapan pd ibu memasing...tapi I yg dah x de ibu...rasa sayu sgt...berjurai air mata ingat kat MAK...
nape tahun ni ingat sesangat kat MAK...buat yg masih punya ibu bapa ini adalah luahan hati dr seseorg yg sudah tiada kedua ibu bapa...
Sesungguhnya tiada org yg paling sabar dgn kerenah kita...menerima kita seadanya...memberi tanpa mengharap balasan
Ya Alllah terima kasih memberikan ku kedua iba bapa yg sempurna yg mendidik dan membesar kan ku dengan kasih sayang walaupun dlm kepayahan. Maaf sekira nya saya tidak menjadi anak yg baik...rindu utk beli hadiah utk mak , saat yg best bila nk balik kpg...sure order dri mak nak makan apa...best nya...satu lagi bila spai rumah mesti mak cakap..."dlm fridge ada ais kacang..mak dah beli" best nye kembang hati ...kalu bapa lak x leh bg tau bila nk balik coz nanti mak lemas coz bapa asyik tanya nape x sampai lagi...tu yg mak selalu komplen bila saya balik kpg...bila nk exam or ada benda2 penting mesti call them minta derang doakan tp both of them mesti cakap x perlu minta derang doa coz derang sentiasa doakan I...so I asked them to doa extra lagi utk I hmmmm...siapa nk doakan kan I sekarang?missing both of them very222222 much!
So I am very jeles sesangat dgn you all yg masih ada kedua2 ibu bapa...tolong hargai mereka......sesungguhnya mereka tiada ganti dan hidup ini terasa kurangnya tanpa mereka.........
Anyway doa ku semoga Allah ampunkan dosa ku dan kedua ibu bapa ku serta mengasihani mereka lebih dr mereka mengasihaniku d waktu kecil
Selamat Hari Ibu buat ibu tercinta .
Semoga diberi kelapangan hidup di dunia dan akhirat. Amin.
Walau jauh di mata , Ibu kau tetap di hati . Pengorbananmu sehingga aku berjaya dan hidup senang amatlah sangat2 ku hargai . Doa dan sayang untukmu Ibu
Selamat hari ibu untuk semua para ibu, kasih sayang dan memikul tanggungjawab tanpa berbelah bahagi dan tanpa syarat meletakkan para ibu di kedudukan tertinggi di hati setiap insan di muka bumi ini.
takziah pd kwn akak... hargai la ibu sementara masih ada... tetiba sebak bila ...
stryder_cats Post at 9-5-2011 19:20
iyer dik, peringatan pada semua dan diri akak juga. Ibu adalah segala-gala permulaan. Ayah membuka langkah, ibu menebarkan permulaan kehidupan. Tanpa ibu dan juga ayah tiada jalan untuk kita dimuka bumi ini. Dari itu kerlipan dari mata ibu, kata-kata dari ibu anggaplah segala kasih sayang yang dicurahkan untuk kita. Keikhlasan dirinya memberi teguran terimalah demi kehidupan kita yang kita sendiri tidak tahu hujungnya...
Sayang mak..