Diwaktu hati mu retak Matamu menceritakan duka Terkumpul dalam sebuah nestapa Betapa payah menghulurkan madah Terkadang ada nista yang menerjah Pawana hati mu tetap tegar Memahatkan ilmu tanpa sempadan Suaramu kaku, namun semangatmu bak srikandi Langkahmu longlai pun hasratmu tidak pernah pudar Pada kanvas kehidupan yang penuh pancoraba Kau pahatkan tekad Buat bekalan generasi mudamu Kau tinggalkan satu firasat Dalam duka yang tidak pudar Untuk sebuah harapan Buat anak bangsamu Kerana itu yg telah diamanahkan (sempena sambutan hari guru 16 Mei 2011) |