CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50689|Reply: 144

Cindai

[Copy link]
Post time 17-5-2011 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Lagu cindai yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza ni popular pada tahun 1998...tp nape eh, ade org ckp lagu ni berhantu??
xleh pasang malam2..huu..kononnye, nt hantu cindai mari..btol ke??
tp kekdg takot gak nk dgr kalo malam2 ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2011 03:12 PM | Show all posts
aku ade dgr jgk
since then aku mmg tkut dgr lagu ni.
klau ade org psg mesti aku ttup telinga,cm scary je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2011 03:18 PM | Show all posts
kalo ade sape2 yg pnah ade pengalaman misteri ttg lagu ni, lehlaa, share2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2011 03:19 PM | Show all posts
aku ade dgr jgk
since then aku mmg tkut dgr lagu ni.
klau ade org psg mesti aku ttup telinga,cm sc ...
myralolx92 Post at 17-5-2011 15:12


aah...kalo ade lagu tu, trus skip...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 03:26 PM | Show all posts
aku cek kt wiki cindai tu sejenis kain

Kain Cindai atau juga dikenali sebagai kain Limar, merujuk kepada kain tenunan sutera halus yang bermutu tinggi. Kain Cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikan kain Cindai amat kukuh dan menjadi rebutan kerana dianggap mampu menahan tikaman senjata. Ini boleh dianggap sebanding dengan pengunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menembusi tubuh mereka tidak mampu menembusi alas baju sutera mereka, dengan itu membolehkan mata panah ditarik keluar.

Pembuatan kain Cindai juga memerlukan kapakaran menenun yang tinggi, menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad dan dengan itu mendapat permintaan yang tinggi. Ini menyebabkan harganya tinggi dan menjadi simbol status sebagai bangsawan dan hartawan.

Kain cindai juga digunakan sebagai senjata kerana kekukuhannya dan digunakan secara menyebat. Ia juga digunakan secara mencekik, menyambar anggota badan lawan dan mengunci atau mengikat pergerakan lawan. Kebiasaannya untuk pertarungan, satu hujung kain ini akan diikat dalam simpulan tertentu untuk berfungsi sebagai pemberat bagi memudahkan ia disebat. Pakar cindai boleh menyebat simpulan ini dengan tepat dan dikatakan mereka dapat memecahkan busut dengan ketepatan dan kekuatan sebatan itu. Kebiasaannya pesilat wanita menggunakannya sebagai senjata pertahanan diri kerana kain cindai digunakan sebagai tudung/selubung, selendang atau ikat pinggang dalam pemakaian tradisional pakaian wanita Melayu.

Dalam kesusasteraan Melayu, kain Cindai telah digunakan oleh Hang Jebat bagi membebat /membalut luka sebelum dia turun mengamuk. Hang Jebat dikatakan hanya mati selepas bebatan kain Cindai itu dibuka oleh Hang Tuah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 03:35 PM | Show all posts
mmg cindai ni sejenis kain sutera yg halus & lawan bagi kain cindai adalah kain belacu. klu silap sori la ek?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2011 03:35 PM | Show all posts
menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=cindai

selain bermaksud "sejenis kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa)", cindai juga bermaksud "pontianak".


aku rasa tidak perlu kepada lagu untuk pontianak memunculkan diri, kerana pontianak sudah pun kita sedia maklum sering memunculkan diri sebelum lagu tersebut dihasilkan.


hanya sanya, mungkin apabila diseru-seru namanya, yakni disenandungkan namanya, maka ia lebih teruja untuk memunculkan dirinya.

wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 03:36 PM | Show all posts
cube cek kamus dewan..cindai tu merujuk kepada langsuir jugak kalo tak silap..so when u sing as if calling la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2011 04:05 PM | Show all posts
Kain Cindai @ Limar



Kain Cindai merupakan kain tenunan sutera asli yang dibuat dengan mutu kualiti yang tinggi. Penggunaan ikatan berkembar menjadikan ianya utuh dan tahan lasak. Nama lain yang juga digunakan adalah kain cinde, gerinsing, patola, luffa, dan limar dikebanyakan nusantara ini. Tidak dapat ditentukan bilakah sebenarnya ia digunakan. Mengikut sejarah kain cindai ini berasal daripada daerah Patan di Gujerat, India. Dibawa masuk oleh pedagang Gujerat dan India ke Tanah Melayu sekitar beberapa ratus tahun dahulu.

Penggunaan awal kain Cindai pada mulanya sebagai pakaian yang berupa semutar (seakan serban @ diikat dikepala) dan selendang bagi kaum perempuan. Ekoran akan ketahanan kain ini ianya telah dijadikan sebagai salah satu senjata dan pakaian diri oleh pahlawan dahulu kala. Para pahlawan dahulu bagi lelaki akan mengikat samada dikepala ataupun dipinggang dan bagi pahlawan wanita akan dijadikan selendang ataupun ikatan pinggang bagi membuka langkah. Penggunaan kain Cindai ini ada dinyatakan didalam kisah-kisah lama seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Dewa, Kisah Cik Siti Wan Kembang dan sebagainya.

Pada masa kini kain Cindai yang baru masih boleh diperolehi di India dan kebanyakan digunakan oleh penduduk disana bagi dijadikan sari berbanding dahulu digunakan oleh pembesar-pembesar dan raja-raja. Untuk mendapatkan kain cindai yang lama @ antik amatlah sukar diperolehi dimasa kini. Pun begitu ada juga dikalangan pengumpul dan peminat akan mencarinya sebagai koleksi disamping menggunakan khasiatnya yang hanya diketahui pemiliknya. Kain Cindai Tuan Puteri dan Pahlawan dahulu kala merupakan hajat mereka bagi menambahkan koleksi simpanan untuk mereka membongkar akan khasiat dan penggunaannya.

Credit to :http://kayudanteras.blogspot.com/2010/02/kain-cindai-limar.html
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 04:10 PM | Show all posts
Cindailah mana tidak berkias
Jalinnya lalu rentah beribu
Bagailah mana hendak berhias
Cerminku retak seribu

Mendendam unggas liar di hutan
Jalan yang tinggal jangan berliku
Tilamku emas cadarnya intan
Berbantal lengan tidurku
Hias cempaka kenanga tepian
Mekarnya kuntum nak idam kumbang
Puas ku jaga si bunga impian
Gugurnya sebelum berkembang

Hendaklah hendak hendak ku rasa
Puncaknya gunung hendak ditawan
Tidaklah tidak tidak ku daya
Tingginya tidak terlawan

Janganlah jangan jangan ku hiba
Derita hati jangan dikenang
Bukanlah bukan bukan ku pinta
Merajuk bukan berpanjangan

Akar beringin tidak berbatas
Cuma bersilang paut di tepi
Bidukku lilin layarnya kertas
Seberang laut berapi

Gurindam lagu bergema takbir
Tiung bernyanyi pohonan jati
Bertanam tebu di pinggir bibir
Rebung berduri di hati

Laman memutih pawana menerpa
Langit membiru awan bertali
Bukan dirintih pada siapa
Menunggu sinarkan kembali

p/s kalu ikut lirik lagu ni, cindai tu merujuk pada kain la
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 04:18 PM | Show all posts
menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu

selain bermaksud "sejenis kain sutera berbunga-bunga (wa ...
jerangkoong Post at 17-5-2011 15:35


haah.orang kampung saya pun kata maksud cindai = pontianak. dulu masa kat asrama pun cikgu tak bagi nyanyi lagu ni. sebab ada je yang histeria kalau layan sangat lagu ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 05:17 PM | Show all posts
cinda= cik pon? org mana yg gunakan perkataan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 06:34 PM | Show all posts
baru tringat citer susuk yg dynaz blakon tu....pelakon utama dia nama cinda...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 06:43 PM | Show all posts
pernah budak asrama adik kucen nyanyi lagu cindai tu, adew org tolong jawab
dia baru start nyanyi ' cindai lah mana..." terus adew suara jwb 'cindai di sini..." & ternampak kain putih terbang kt luor. masa tu baru lps prep

hah, padan muka! saper srh nyayi lagu tu mlm2? kan dah kena..........
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 06:48 PM | Show all posts
kt asrama kucen pulak, ada akak tu x g stadi sbb sakit kepala. dia duk dlm dorm sorg2 & nyanyi lagu tu (nyanyi ke pasang ek? dh luper...hahahahah...sbb dh lama)

tp yg pasti masa dia pasang tu dia dgr sore laen yg nyanyi kt luo sedangkan bilik tu kt tingkat 2. saper yg x de keje pegi naik nak nyanyi kt situ? terus dia jerit & nangis. seb baik x histeria...

saper suruh pasang 'kan? heeeee....menakotkan!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 06:55 PM | Show all posts
Reply 12# Komrade

sila rujuk post #7 jerangkoong...

tu dlm psuratan melayu lama...

n kalo perasan.. penah jah ada yg mention pasal kain n entiti nih..
dlm tred kat mps nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2011 10:20 PM | Show all posts
cinda= cik pon? org mana yg gunakan perkataan tu?
Komrade Post at 17-5-2011 17:17


orang melayu dulu-dulu, dan mungkin juga pontianak itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2011 10:50 PM | Show all posts
sambil jln2 d alam maya.. tetiba tbaca yg nih.. sapa2 nak bg komen..
Cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan dan cindai betina.  Cindai Betina dipakai khusus oleh raja atau pahlawan seperti gambaran kain cindai yang dipakai Hang Tuah dan Malim Dewa.  Cindai jantan pula dipakai oleh kaum wanita seperti berikut;


“Maka ia masuk ke dalam peraduan membuka peti kesaktian, mengambil
cindai jantan, corak kuning panjang sepuluh/sebelas dengan rambunya…”


Begitu juga dikatakan tentang pakaian Cik Siti Wan Kembang di Kelantan;

            “Cik Siti Wan Kembang berkembang jantan…. Kain limar melekat di kulit
              Songket bertabur merah pulasan, Ikat seribu pancung ke bawah..”


Jika diperhatikan kata-kata yang tertera dalam kitab hikayat, kain cindai dikaitkan dengan kesaktian.  Penggunaan kain cindai boleh menghalang kesan tusukan senjata tajam atau dikatakan juga boleh membuat seseorang menjadi kebal.  Kain cindai dikatakan mempunyai ‘berkat’ dan disimpan pula dalam peti sakti.  Maksudnya, kain cindai benar-benar dipelihara dengan baik kerana kepercayaan bahawa kain cindai ini punya ‘roh’ dan ‘hidup’.  Tidak hairanlah, sehingga kini, kain cindai dicari dan sanggup dibayar beribu-ribu dolar walau hanya cebisan kain cindai.

Cindai betina dikatakan boleh menjadi pelaris dan pengasih.  Cindai betina juga dijadikan pendinding supaya musuh menjadi gerun.  Minyak cindai pula dikatakan boleh menjadi pengasih yang ampuh dan ubat yang mujarab.  Ada orang tua-tua mengatakan, minyak cindai perlu menggunakan minyak zafron.  Minyak ini dikatakan makin bertambah apabila bulan mengambang penuh.  Justeru minyak itu tidak pernah luak.  Minyak zafron dibuat dari bunga zafron yang terdapat di Arab Saudi.  Minyak itu dikatakan hidup.  Walaupun hanya setitik, makin lama minyak itu akan bertambah seumpama darah.  Mengikut sumber di Terengganu, dikatakan harga minyak zafron boleh mencapai RM$500 setitik.

Masyarakat Melayu percaya bahawa pembuatan kain cindai tidak mudah dan penuh syarat serta pantang larang.  Pembuatan kain cindai memerlukan 6 tukang yang mahir.  Mereka adalah tukang tenun raja, pawang raja, hulubalang raja, ahli falaq, ahli agama dan  tukang seni.  Ada juga yang mengatakan bahawa pembuatan kain cindai bersama-sama dengan tukang yang ketujuh yakni yang berasal dari kaum jin. Sebab itulah, kain cindai dianggap keramat dan banyak faedah mistiknya.

Walaupun cindai hanyalah kain tenunan, cindai digelar Seekor Cindai kerana masyarakat Melayu percaya bahawa kain cindai ‘hidup’.  Buktinya, biar beratus-ratus tahun umurnya, kain cindai tetap utuh, warnanya tidak pudar dan baunya tetap wangi.  Justeru kain cindai mempunyai nilai tinggi dalam adat dan budaya Melayu serta menjadi lambang contoh perilaku orang Melayu yang baik.

kedit tu blog owner....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:11 AM | Show all posts
sambil jln2 d alam maya.. tetiba tbaca yg nih.. sapa2 nak bg komen..

kedit tu ....
halimi78 Post at 17-5-2011 22:50



me,satu hal lak kalo ade extra tukang buat cindai nie..
buat nye "dia" x ndak buat,mane nk cari extra lain..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 09:57 AM | Show all posts
Reply 19# z3t_ex

pasai tu kene jaga kontrek bebetoi.. takut pekerja mahir lari...
mkn kene cukup.. kehendak segala dpenuhi...
dah lari kalu.. kene impot la gamaknya.. x kesah la kalo JATI pong..

*JATI - jin asing tanpa ijin..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.052974 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list