Post Last Edit by WanKL at 23-5-2011 07:30
Ni ada la time crite seram aku sekolah menengah dulu-dulu (tingkatan 3). Nak luah skit ler. Sebab sampai sekarang pun aku masih confiuss.Masa tu aku dok sekolah asrama penuh.. esoknya pulak cuti sekolah...seronok sakan la budak-budak. Apa lagi, aku pun kemas la siap-siap la lepas balik sekolah tengahari. Kat asrama tu banyak member dah cabut, tinggal je beberapa budak yang tengah tunggu mak bapak ambik. Aku pulak rancang nak balik lambat naik bas sebab rumah tak la jauh sangat, 40 minit sampai kut..
Di pendekkan crite, pukul 6.00pm baru la aku keluar sekolah nak ke bus Stop.Nak jalan kaki memang leceh, sebab jarak dari sekolah nak ke bus stop1km...cehh..sekolah luar bandar la katakan. Kawasan sini memang berbukit-bukit.Tunggu punya tunggu, ada jugak bas lalu pukul 6.40pm. Aku tahan je bas tapi driver boleh buat dek je jalan trus sebab penumpang penuh sangat..:@.Nasib tak baik le hari tu ( dah 2 3 kali dah balik lewat, ok je dapat bas ). Jam kat tangan dah pukul 7.20pm. Aku dah cuak giler sebab dah nak gelap dah. Duduk le aku sorang-sorang bawah cahaya lampu. Dah le kat situ takde rumah orang. Kedai runcit ada la, tapi dah tutup. Aku pun plan nak le pegi masjid sebab dekat la skit dgn rumah orang, bleh sembahyang dulu. Lagipun kat masjid tu ada bas stop baru, tapi masalahnya aku kene jalan kaki 1km lagi pulak dahh...
Jalan lama kat sini memang bengkang-bengkok skit. Ada kebun kelapa sawit.Cahaya dah makin senja. Glup!! dah sampai kat pertengahan jalan aku makin cuak.. Kena lintas kawasan jerat cina pulak aku niee.. eeiii... kaki pun dah jalan langkah besar skit. Dalam cahaya yang skit tu aku perasan ada 2 orang tengah duduk kat bus stop usang depan tu . time tu memang dah takde lampu jalan pun. Dari jauh aku dapat dengar skit-skit suara perempuan sembang gelak-gelak.(hahaha, takut giler arr aku) Kalau nak patah balik jauh sangat sebab masjid pun dah nak dekat. Masa tu aku dah pikir bukan-bukan dah...aku just tenangkan fikiran sebab niat aku baik nak ke masjid.
Aku pun jalan je terus, sampai la melalui bas stop usang tu. (memang takde kenderaan lalu time tu). Hari memang dah nak gelap giler dah.. aku pun tak dapat nak cam muka perempuan yang duduk kat bus stop usang tu. Sampai je aku nak melalui tempat tu, diaorang senyap...!!! Aku pun tunduk serius je pandang depan .. (hahaha..lawak tul bila aku pikir balik sekarang).Masa tu memang tak ingat apa dah, semua jenis doa aku baca dalam hati. Lepas je aku langkah 1 meter dari bas stop lama tu, boleh plak sorang awek tu bersuara," tak takut ke?". Apa lagi, meremang la semua bulu-bulu aku nih .Tak penah aku rasa seram macam nie. Kepala memang tak pandang belakang dahh..
Lepas je 5 ke 6 tapak, azan Maghrib pun bunyi...( rasa tersentak, lega skit) lagi 300 meter nak sampai kawasan masjid dah. Kat kawasan masjid tu ada lampu jalan kat tepi bus stop baru. Mujur bende tuhh dah tak ganggu aku. Sampai la aku kat masjid. Lepas je sembahyang aku dapat naik bas terakhir kat bus stop baru kul 8.15pm. Sampai je rumah aku memang takleh nak tido sebab asyik teringat je bende tadi..memang tobat dah tak balik lambat..(hihihi.. serius, ni memang kisah benar aku sebab sekolah aku pun dekat dengan kawasan hutan, banyak budak pompuan kne histeria)
Persoalan aku tengah pikir sekarang :
*Apa yang 2 orang awek duk tengah-tengah nak gelap kat bus stop buruk tuh, bus stop baru kan ada, cerah skit ada lampu..
*Kawasan rumah jauh dari bus stop usang tu, tak kan ada anak dara nak lepak dekat malam-malam depan jerat cina, (kalau lelaki lain la), tapi kat belakang jalan tu ada la rumah banglo lama, macam tempat lepak Mat Ganja jee..
|