CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 154|Reply: 1

[Sukan Bermotor] Sepang pilihan ganti GP Bahrain?

[Copy link]
Post time 24-7-2026 03:14 AM | Show all posts |Read mode
Sepang pilihan ganti GP Bahrain?

REUTERS - Julai 24, 2026 @ 2:07am





Litar Sepang berkemungkinan dijadikan pilihan bagi menggantikan GP Bahrain. Foto: Fail NSTP




BUDAPEST: Litar Antarabangsa Sepang berpotensi kembali menjadi tuan rumah Formula 1 (F1) musim ini selepas Malaysia disenaraikan sebagai antara pilihan untuk menggantikan pusingan Grand Prix (GP) Bahrain yang berdepan ketidaktentuan susulan konflik di rantau Asia Barat.

Sumber memaklumkan kepada REUTERS bahawa beberapa pilihan sedang dipertimbangkan bagi mengisi slot perlumbaan gantian, namun tiada keputusan muktamad dibuat setakat ini.

Antara pilihan yang berada dalam senarai ialah Sepang, dengan slot berpotensi diadakan antara GP Azerbaijan di Baku pada 26 September dan GP Singapura pada 11 Oktober.

GP Bahrain dan Arab Saudi di Jeddah yang dijadual berlangsung pada April lalu terpaksa ditangguhkan susulan konflik Iran, sebelum usaha untuk menjadualkan semula perlumbaan di Sakhir kembali berdepan masalah apabila keadaan rantau itu semakin tegang.

Malaysia kali terakhir menganjurkan perlumbaan F1 adalah pada 2017 sebelum keluar daripada kalendar kejohanan dunia itu.

Bagaimanapun, Sepang kekal menjadi venue MotoGP dan memenuhi piawaian gred yang ditetapkan badan induk sukan permotoran dunia, FIA.

Kewujudan PETRONAS sebagai rakan kongsi pasukan Mercedes yang kini menerajui kejuaraan turut menjadi antara faktor yang menguatkan peluang Malaysia dipertimbangkan semula.

Selain Sepang, Litar Suzuka di Jepun turut disebut sebagai pilihan di rantau Asia, namun sumber mendakwa terdapat kurang minat dalam kalangan pasukan untuk kembali ke Jepun buat kali kedua musim ini.

Bagi memastikan urusan logistik berjalan lancar, keputusan mengenai pengganti Bahrain perlu dibuat sebelum rehat musim panas selepas perlumbaan di Hungaroring hujung minggu ini.

FIA juga dijangka menunggu keputusan mengenai perubahan jadual Kejohanan Endurance Dunia (WEC) yang membabitkan perlumbaan Bahrain dan Qatar pada Oktober serta November.

Selain Sepang, litar Portimao di Portugal dan Barcelona turut menjadi pilihan sekiranya perlumbaan di Asia Barat terus berdepan masalah.

Musim F1 2026 pada asalnya dijadualkan berlangsung dengan 24 perlumbaan, dan perlumbaan gantian diperlukan bagi memenuhi komitmen penyiaran serta mengekalkan jumlah pusingan sekitar 22 hingga 23 perlumbaan.

https://www.bharian.com.my/sukan/litar/2026/07/1592572/sepang-pilihan-ganti-gp-bahrain





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2026 06:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.216913 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list