CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 540|Reply: 8

[Tempatan] Saya nak jumpa keluarga kandung sebelum tutup mata' - Luah nenek berketurunan Cina

[Copy link]
Post time 5-8-2026 01:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-8-2026 09:10 AM



'Saya nak jumpa keluarga kandung sebelum tutup mata' - Luah nenek berketurunan Cina

NORAFIZA JAAFAR


04 Ogos 2026 11:26am
Masa membaca: 4 minit


]
MELAKA - Seorang warga emas berharap hajatnya untuk bertemu adik-beradik atau saudara kandung yang terpisah sejak kecil tercapai sebelum menutup mata.

Fatimah Abu Bakar, 85, yang berketurunan Cina, dibesarkan oleh keluarga angkat Melayu sejak bayi dan tidak pernah mengetahui asal-usul keluarga kandungnya, sekali gus menimbulkan keinginan untuk menjejaki semula warisnya.

Menurutnya, berdasarkan cerita yang dimaklumkan kepadanya, dia diserahkan kepada keluarga angkat ketika zaman pendudukan Jepun berikutan kesukaran hidup yang dihadapi ibu bapa kandungnya.

“Keluarga angkat saya ialah Allahyarham Abu Bakar yang merupakan seorang guru besar di Ayer Molek.
“Berdasarkan maklumat pada sijil kelahiran, saya dilahirkan pada 6 Februari 1941 dan ketika itu ibu bapa kandung saya tinggal di Jalan 484, Tengkera Road.

“Bapa kandung saya bernama Chan Ghee, berasal dari China, berketurunan Hokkien dan bekerja sebagai buruh, manakala ibu kandung saya, Tan Oi, berketurunan Inggeris serta dilahirkan di Melaka,” katanya yang kini menetap Ayer Molek di sini.

Mohd Zamri (berdiri, kanan) bersama ibunya, Fatimah.

Fatimah yang merupakan pesara guru memperoleh Sijil Lower Certificate of Education (LCE) sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Melaka.

Beliau kemudian berkhidmat sebagai guru di beberapa buah sekolah di negeri ini sebelum bersara pada 6 Februari 1996 ketika bertugas di Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang.

Beliau mendirikan rumah tangga dengan Md Salleh Hussin dan dikurniakan sembilan cahaya mata serta kini mempunyai lebih 20 cucu dan cicit.

Mengimbau kisah hidupnya, Fatimah berkata, dia hanya mengetahui dirinya merupakan anak angkat selepas berkahwin dan sejak itu menyimpan hasrat untuk mencari keluarga kandung.

“Saya dan anak-anak pernah mencari maklumat di sekitar Jalan Tengkera berdasarkan alamat yang tertera pada sijil kelahiran, namun masih belum menemui sebarang petunjuk.

“Saya tidak tahu sama ada masih mempunyai adik-beradik atau saudara-mara yang masih hidup. Walaupun peluang untuk bertemu mereka agak tipis, saya tetap berharap hasrat itu dapat menjadi kenyataan,” katanya.

Sementara itu, anak sulungnya, Mohd Zamri Md Salleh, 60, berkata, mereka pernah menjejaki rumah lama yang dipercayai pernah didiami keluarga kandung ibunya, namun usaha itu tidak membuahkan hasil kerana rumah berkenaan telah beberapa kali bertukar pemilik.

Orang ramai yang mengenali waris Chan Ghee, Tan Oi atau mempunyai sebarang maklumat mengenai keluarga mereka boleh menghubungi Mohd Zamri di talian 017-313 4794 bagi membantu mengesan keluarga kandung Fatimah.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2026 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
siannya... moga tercapai impian
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2026 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman dulu2 cina x mau anak perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2026 12:04 PM | Show all posts
cikgu pencen

moga bertemu juga spt yg dihajatkan

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2026 04:25 PM | Show all posts
Rupa dan gaya Mohd Zamri tu sebiji macam tokei kedai seng seh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-8-2026 04:46 PM | Show all posts
ninja boy replied at 4-8-2026 02:02 PM
Zaman dulu2 cina x mau anak perempuan

Betulah saya tau satu kejadian ni tahun 70an Satu keluarga cina asalnya terlalu miskin sehingga kan keluarga tu tak mampu nak membesarkan anak perempuan mereka maka Di beri  kepada satu kelurga melayu. Tak lama selepas itu keluarga cina menang satu juta ringgit loteri kebajikan masyarakat. Di tahun 70an satu juta ringgit lebih kurang enam juta ringgit di tahun 2026.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2026 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Org Melaka iols rasa mmg rata2 keturunan cina
Kalau tgk muka memasing dgn mata ripit tu
Btw nenek ni ada keturunan inggeris gak sebelah mak dia tapi langsung takde penampakkan pada dia. Maybe adik beradik dia yg lelaki dapat lebih sikit keomputehan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2026 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 5-8-2026 07:41 PM

Ya org melaka byk mix, ada mix India serani omputeh arab cina perlabuhan byk pendatang mix dgn tempatan, kelantan pun ramai juga mix arab siam vietnam pakistan, penang lagi masih pekat generasi keturunan India dan selatan thailand,
La ni gelombang generasi genetik indonesia bangla rohingya pakistan nepal africa vietnam pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2026 03:01 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-8-2026 04:25 PM
Rupa dan gaya Mohd Zamri tu sebiji macam tokei kedai seng seh

..dengan cermin mata bulat dia kan! sebiji macam tokei kedai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.106199 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list