CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2387|Reply: 34

[Tempatan] Berita malam misteri.Tiga beranak yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai kerana permainan kutu

[Copy link]
Post time 6-8-2026 12:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Polis tidak menolak kemungkinan hutang bermain kutu menjadi punca kehilangan tiga beranak yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai di Taman Bayanmas, Bukit Kayu Hitam. Setakat ini, tiada rekod menunjukkan mereka keluar negara dan polis turut menerima laporan daripada mangsa berkaitan permainan kutu.  .



Siasatan masih dijalankan sebagai kes orang hilang, namun polis turut menyiasat kemungkinan mereka menjadi mangsa jenayah atau kemalangan. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

Sumber: FMT

#ohbulan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2026 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Main kutu ni apa faedah??  Dari dulu aku heran.

Opah aku kata zaman dulu2 kalo nak sorok duit gaji dari kena pow dengan suami memang wajib main kutu.  

Ada faedah lain ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak takut ka kutip duit simpan duit org then masa giliran beli brg duitnya dah dipakai
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 12:40 AM | Show all posts
Eqx replied at 6-8-2026 12:26 AM
Main kutu ni apa faedah??  Dari dulu aku heran.

Opah aku kata zaman dulu2 kalo nak sorok duit gaji ...

kalau zaman sekarang, permainan kutu dikalangan datin2 or puan2 sri or bini org have2 adalah satu cara dorang nak get together...pakai lawa2, organize hi-tea or lunch, so sapa2 turn dpt duit kutu, org tu lah yang organize get together.  samada kat rumah dgn table setting yg gah2, or at any high end restaurants.  duit selebih tu dorang beli la bag ke barang kemas ke...camtu lah...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
saliv replied at 6-8-2026 12:50 AM

Kutu kan haram. Dah boleh tangkap ke tak geng geng yg main kutu ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2026 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
uish,brp org yg main tu 400k. jd brp k sorg.
ekceli duit kutu ni masih relevan skang ni. Kalau jujur amanah x de masalah pun. ini dpt yg kaki liat nk byar, dpt yg org lain punya guna dulu itu yg susah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 08:29 AM | Show all posts
400k???????

sebulan berapa tu

berapa org yg main

berapa lama dah dorg main yg boleh percaya sgt ni



bakpo smpi bulih putih mata tu sis

sis pun bnyk sgt hutang ke

naya2

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2026 08:46 AM | Show all posts
kalau nak kutu ni, kene main dgn kalangan immortal, leh hidup sampai kiamat
mainla dgn jin, iblis, setan ke apa

ko main dgn manusia, silap2 giliran dia , terus kiok kene langgar mati, sapa kalangan pemain kutu nak cover bahagian dia plak?

kan bodoh namanya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 08:54 AM | Show all posts
duit kutu tu apa ko bayar tu yg ko dpt..kalo dpt awal2 lepas tu bulan2 ko kena bayau gak next2 month utk turn org lain. kalo dpt ko punya turn buat beli emas berkilo pastu jual ada byk untung..ada pekdah nya juga, so bila bayau utk turn org lain takde rasa apa..

ni suri2 rumah ai tgk bayau bodo, dpt pun bodo tak buat apa...

tak paham apa ko punya motip simpan duit mcm tu. baik melabur kat asb je lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 09:04 AM | Show all posts
manusia akan jadi gelap mata bila ada wang bukan milik dia tp dia ada kuasa utk memilikinya....ingat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 09:25 AM | Show all posts
asamfish replied at 6-8-2026 12:40 AM
kalau zaman sekarang, permainan kutu dikalangan datin2 or puan2 sri or bini org have2 adalah satu  ...

oh ye ke...mana you tau? maybe diorg saja main kutu n lunch tu sbb boring kot, kalau kuar lunch dpt gak jumpa kawan2 borak2....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Simpan duit org risiko kena rompak atau scam duit hilang dlm bank xde jaminan jika apa2 berlaku terhadap duit tu, jika tukang simpan mati dilanggar lori ada record or bukti ka duit yg dikutip dan disimpan mana, kalau main kutu total 500 no problem ini 400k, baik simpan asb takkan x reti self control simpan duit sendiri dari suruh org lain simpankan
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Eqx replied at 6-8-2026 12:26 AM
Main kutu ni apa faedah??  Dari dulu aku heran.

Opah aku kata zaman dulu2 kalo nak sorok duit gaji ...

Pernah sekali je masa sekolah menengah dulu main kutu. Mmg tak boleh brain utk apa main tu sekadar ikut kwn tak nak org ckp sombong kalau tak join. Dah la tak untung, komitmen panjang, high risk. Bila turn kita dpt nk kena open table pulak. Baiklah 12 bulan tu simpan dlm asb je ada gak dividend.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 09:57 AM | Show all posts
org dulu2 kat kg2 main kutu maybe sbb susah nk travel gi bank/post office maklum la ramai suri rumah..but now semua di hujung jari kot kau simpan la dlm ASB ke, dalam bank ke...main kutu ni kena turn awal ok la dpt duit sedebuk awal, yg turn paling last tu?? silap2 jadi mcm ni la putih mata duit tah ke mana
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 10:11 AM | Show all posts
aku org yg tak berminat dgn kutu2 ni... colleague aku dok pujuk2 ajak main siap kata kawan rapat aku pun main, so? sbb dia rapat dgn aku, aku kena join sama ke? pastu bila org tak join, perli2 kata kita ni org kaya, bila2 blh guna duit. lah..bitter lain mcm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2026 11:05 AM | Show all posts
Main kutu ni illegal ambik deposit secara haram termatub bawah akta AMLATFA..

Silap2 yg posting carik OKT tu pon kene jugak sbb main kutu.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 11:36 AM | Show all posts
gila kutu sampai 400k..
baik kau buat asb loan je noks..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 11:38 AM | Show all posts
kucingitam replied at 6-8-2026 10:11 AM
aku org yg tak berminat dgn kutu2 ni... colleague aku dok pujuk2 ajak main siap kata kawan rapat aku ...

aminkan shj bila dia kata anda kaya kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 11:39 AM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-8-2026 07:41 PM


Pasangan suami isteri dilapor hilang ditahan selepas serah diri


06 Ogos 2026 09:27am


]



JITRA - Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang sejak 20 Julai lalu akhirnya tampil menyerah diri sebelum ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, pasangan berusia 39 dan 36 tahun itu hadir menyerah diri jam 1.50 pagi sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, kedua-dua mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Jitra pada pagi Khamis bagi permohonan reman.
Sebelum ini, media melaporkan pasangan berkenaan bersama anak mereka dilaporkan hilang selepas keluar dari kediaman di Taman Desa Bayanmas, Bukit Kayu Hitam dan gagal dihubungi ahli keluarga.

Kehilangan mereka mendorong bapa kepada wanita berusia 36 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Bukit Kayu Hitam selepas gagal mengesan anak, menantu serta cucunya.

Dalam perkembangan berkaitan pada Rabu, polis memaklumkan menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 23 tahun yang mendakwa mengalami kerugian RM25,000 akibat urusan hutang kutu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan wanita terbabit.

Mohd Radzi berkata, laporan itu dibuat oleh lelaki berkenaan yang mendakwa menjadi mangsa dalam urusan hutang tersebut.

Kes berkenaan kini disiasat polis bagi mengenal pasti kaitan antara kehilangan pasangan itu dengan dakwaan melibatkan hutang kutu, manakala siasatan lanjut masih dijalankan.



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.297324 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list