CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 978|Reply: 26

[Tempatan] Malaysia tidak akan hantar pulang 5,000 Rohingya jika nyawa terancam - Fahmi

[Copy link]
Post time 6-8-2026 04:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-8-2026 12:20 PM



Malaysia tidak akan hantar pulang 5,000 Rohingya jika nyawa terancam - Fahmi

TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
05 Ogos 2026 03:21pm



]




PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Malaysia tidak akan menghantar pulang mana-mana pelarian Rohingya ke Myanmar sekiranya terdapat risiko mereka dizalimi atau nyawa terancam meskipun negara itu bersetuju menerima 5,000 pelarian dari negara ini.

Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menerusi Wisma Putra akan meneliti terlebih dahulu beberapa perkara termasuk aspek keselamatan sebelum proses penghantaran pulang dilaksanakan termasuklah mengenal pasti 5,000 pelarian yang terlibat.

"Semestinya Malaysia sebagai sebuah negara bertanggungjawab tidak akan menghantar pulang sekiranya 5,000 orang pelarian Myanmar ini (berisiko) sama ada akan dizalimi ataupun nyawa mereka akan terancam.

"Jadi, ada beberapa perkara yang kita akan teliti dahulu dalam perbincangan dengan kerajaan junta di Myanmar sebelum kita laksanakan," katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di sini pada Rabu.

Fahmi berkata, kerajaan Myanmar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menerima 5,000 pelarian terbabit, namun Malaysia masih perlu meneliti kriteria yang ditetapkan sebelum proses penghantaran dilakukan.

"Apa yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ibrahim 5,000 orang pelarian Myanmar ini pihak kerajaan junta di Myanmar sedia untuk menerima, tetapi kita akan teliti apakah kriteria dan sekiranya sesuai, kita akan laksanakan tetapi Perdana Menteri mengambil maklum bahawa kita tidak boleh menghantar sekiranya nyawa mereka terancam," jelas beliau.

Difahamkan kira-kira 190,000 pelarian dan pemohon suaka ketika ini berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), dengan lebih 80 peratus daripadanya terdiri daripada etnik Rohingya dan kumpulan etnik lain dari Myanmar.

Isu kebanjiran pelarian Rohingya di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering menjadi perhatian umum, khususnya membabitkan dakwaan peningkatan penempatan di beberapa lokasi, persaingan mendapatkan peluang pekerjaan berpendapatan rendah, selain kebimbangan terhadap aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang dibangkitkan oleh masyarakat.



Single Polls, Total 9 Users voted View Voters

Poll is finished

0.00% (0)
100.00% (9)
0.00% (0)
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2026 05:20 AM | Show all posts
Keputusan kerajaan yang melibatkan pelarian perlu menyeimbangkan keselamatan, kewajipan undang-undang dan layanan berperikemanusiaan terhadap mereka yang mungkin menghadapi risiko serius jika dihantar pulang. Kriteria yang jelas serta penilaian individu amat penting dalam kes sensitif seperti ini. Kandungan berkaitan boleh didapati di needforslots casino
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 08:49 AM | Show all posts
mmm habis la korang ni pru sok

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis tu nk letak depa2 tu tang mana pulak lepas ni? Letak kat umah Datuk Seri Fahmi sendiri ke kalau betul la saya setuju 200%
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 09:40 AM | Show all posts
ada org dah viralkan keadaan terkini dkt Arakan.. semua aman takde perang pun, yg dtg ni sme mcm konoha lari sbb ekonomi lps tu menipu
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Abisla pemimpin muda
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2026 12:35 PM | Show all posts
Vongok betul menteri ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 12:41 PM | Show all posts
klu tak dapat hantar.. bagi tau apa plan.. plan mesti mengambik kira kesejahteraan rakyat malaysia juga.. dan pengurusan rakyat rohingya

silap besar dah bagi tau umum nak hantar balik, bila tak jadi... akan backfire kepada sokongan kepada kerajaan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2026 01:09 PM | Show all posts
apa kata bagi kat aman Palestine suruh jaga? muslim juga tu, pahala berganda.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 01:52 PM | Show all posts
Letak rumah fahmi. Itu lagi selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kutip derma la kalau simpan.. semalam start dari pagi duk mengekor 3 makhluk un*** kat k#j ampang ni..  anak² iols punyala rimas sampai naik kut lift klinik
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 01:57 PM | Show all posts
hntar diorg balik myanmar dgn si pahmi ni sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 02:05 PM | Show all posts
dia tgk pun tak arakan tu mcm mana, tiba2 petik tak selamat. bodoh punya menteri
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 02:13 PM | Show all posts
dia nak buat apa simpan 5k R tu???
ada apa2 hidden plan ke tu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat sikat tepi ni xlayak jd menteri .ko tunggu pru16..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 06:50 PM | Show all posts
Jurucakap Kerajaan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kerajaan menerusi Wisma Putra akan meneliti terlebih dahulu beberapa perkara

Kenapa acik2 forum maki Fahmi, ayat tu dengan terang kata dia jurucakap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-8-2026 12:56 AM | Show all posts
Nampknya semakin ramai Rohingya akan datang ke Malaysia selepas ini. Bravo Malaysia kerana membuat statement seperti ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-8-2026 01:02 AM | Show all posts



Perjelas rancangan hantar pulang 5,000 Rohingya, Saifuddin beritahu menteri

Bekas menteri luar berkata Parlimen berhak diberi penjelasan sama ada rancangan itu konsisten dasar sekian lama Malaysia terhadap junta.
Bekas menteri luar, Saifuddin Abdullah, persoal sama ada kerajaan sedang menormalisasikan hubungan dengan junta menerusi pemulangan pelarian Rohingya.
PETALING JAYA:Bekas menteri luar Saifuddin Abdullah menuntut menteri dalam negeri membuat kenyataan menteri di Parlimen menjelaskan rancangan kerajaan menghantar 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar.


Ahli Parlimen Indera Mahkota, berkata kenyataan tersebut perlu bagi memberi penjelasan berkait pelaksanaan Arahan Majlis Keselamatan Negara No. 23, dasar keseluruhan kerajaan terhadap pelarian Rohingya, serta bagaimana menangani isu tersebut secara sah dan telus.

“Bertahun lamanya Malaysia secara konsisten menegaskan sebarang penghantaran pulang mestilah selamat, sukarela, dan bermaruah, serta keadaan di Myanmar mestilah membolehkan kepulangan yang mampan. Adakah ini masih menjadi dasar kerajaan?” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin turut mempersoalkan apakah jaminan diberikan Myanmar berhubung kewarganegaraan, status undang-undang, keselamatan, kebebasan bergerak, dan perlindungan jangka panjang bagi mereka yang mungkin dihantar pulang.

Beliau turut membangkitkan sama ada kerajaan mengubah pendirian terhadap junta Myanmar, yang sebelum ini ditegaskan oleh Malaysia sebagai tidak sah dan gagal melaksanakan konsensus lima perkara Asean.

Beliau turut mengutarakan sama ada kerajaan kini dalam proses menormalisasikan hubungan dengan junta menerusi urusan pemulangan pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada penindasan dan keganasan mereka.

“Parlimen dan rakyat Malaysia berhak mendapat jawapan jelas mengenai isu menyentuh teras komitmen kemanusiaan, ketekalan dasar luar serta reputasi antarabangsa Malaysia,” katanya.

Minggu lalu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pihaknya telah memulakan proses mengenal pasti, mendokumentasikan, dan menyaring pelarian Rohingya susulan rancangan kerajaan menghantar pulang 5,000 masyarakat itu.

Malaysia menampung antara populasi Rohingya terbesar rantau ini, di mana kebanyakan mereka melarikan diri daripada penindasan di Rakhine, Myanmar. Terdapat sekitar 215,000 pelarian berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini, dengan kira-kira 126,000 daripada mereka merupakan etnik Rohingya.

Pada 2021, Malaysia mengusir lebih 1,000 warganegara Myanmar menaiki kapal walaupun terdapat perintah mahkamah menangguhkan tindakan berkenaan, sambil kumpulan hak asasi mendakwa pencari suaka dan pelarian berdaftar UNHCR antara dihantar pulang.

Malaysia bukan sebuah negara penandatangan Konvensyen Pelarian PBB dan menganggap pencari suaka sebagai pendatang asing tanpa izin, baru-baru ini meminta UNHCR menghentikan pendaftaran pelarian baharu secara sementara, sementara ia membangunkan sistem domestik bagi menguruskan pencari suaka.

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2026 02:13 AM | Show all posts
Terkemut-kemut, tersiput-siput nak antor tak nak antor.

Dalam masa yang sama baik punya 15K abangla mau masuk la dek.

https://www.astroawani.com/berit ... honan-pekerja-asing

Macam nak kena je bungkus next pru?

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2026 03:17 AM | Show all posts
kotakbaju replied at 6-8-2026 12:59 AM
Habis tu nk letak depa2 tu tang mana pulak lepas ni? Letak kat umah Datuk Seri Fahmi sendiri ke ka ...

yang kena rogol rumah kena pecah bukan anak menteri.
anak rakyat marhain. yang menteri rumah besar2 ada guard menjaga.
rumah rakyat jaga sendiri
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.090046 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list