CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 420|Reply: 5

[Tempatan] Guru wanita ditemukan meninggal dunia dalam tandas sekolah

[Copy link]
Post time 6-8-2026 02:18 PM | Show all posts |Read mode

KUCHING - Seorang guru wanita ditemukan meninggal dunia di dalam tandas guru perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bau pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, pasukan anggota balai polis itu digegaskan ke lokasi, selepas menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira 8.53 pagi.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan guru mata pelajaran Sains dan Biologi di sekolah itu sejak 25 tahun lepas, ditemukan dalam keadaan terlentang serta tidak sedarkan diri di atas lantai tandas guru perempuan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, rakan setugas mangsa memaklumkan kali terakhir beliau bertemu mangsa pada kira-kira 8.15 pagi di bilik guru, apabila mangsa dikenali sebagai Wong Lee Choo, 54, memaklumkan ingin ke tandas.

Mohd Haide berkata, kira-kira 20 minit kemudian, seorang guru lain memaklumkan mangsa masih belum hadir ke kelas untuk sesi pengajaran, menyebabkan rakan setugasnya itu pergi mencarinya di tandas guru wanita.

"Sebaik pintu tandas dibuka, mangsa ditemukan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri, sebelum talian kecemasan dihubungi bagi mendapatkan bantuan perubatan,” katanya.

Mohd Haide berkata, pegawai perubatan dari Hospital Bau mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 9.08 pagi di lokasi kejadian dan pemeriksaan awal polis mendapati tiada sebarang kecederaan mencurigakan atau unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bau dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/a ... alam-tandas-sekolah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2026 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa baya2 warga emas ni heart attack masa meneran.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya murid biology dia nak spm ni.. skrg tgh trial
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 06:46 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2026 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu sepet
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.110140 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list