CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 291|Reply: 2

[Tempatan] Tiga lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan jenayah seksual libatkan mangsa OKU

[Copy link]
Post time 9-8-2026 04:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-8-2026 12:33 AM



Tiga lelaki Rohingya ditahan bantu siasatan jenayah seksual libatkan mangsa OKU
NORHASPIDA YATIM
09 Ogos 2026 02:29pm
Masa membaca: 2 minit



KEMAMAN – [DIKEMAS KINI] Polis menahan tiga lelaki berketurunan Rohingya bagi membantu siasatan berhubung kes jenayah seksual melibatkan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) di kawasan Flat Kampung Enjin Gergaji, Chukai, di sini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata, tangkapan itu dibuat pada Sabtu susulan aduan diterima daripada seorang wanita tempatan berusia 20 tahun pada Jumaat.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu bekerja sebagai buruh binaan dan pekerja pembersihan telah direman bagi tindakan lanjut.

"Permohonan reman ke atas kesemua suspek telah dibenarkan bermula 8 Ogos sehingga 12 Ogos ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Siasatan masih lagi terbuka untuk mengenalpasti suspek lain yang mungkin sebenarnya terlibat.

Pihak polis juga perlu memperhalusi kes ini dan mangsa juga mesti diberi ruang masa secukupnya sebelum siasatan dilengkapkan memandangkan mangsa adalah seorang wanita OKU (Intelektual) berumur 23 tahun," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Mengulas mengenai gambar dan video tular di media sosial melibatkan perhimpunan orang ramai di hadapan flat berkenaan pada jam 8.30 malam Sabtu lalu, Mohd Razi menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas.

Jelas beliau, orang ramai diminta berhati-hati ketika menggunakan platform media sosial supaya tidak mencetuskan situasi panik, tidak harmoni, atau menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

Segala maklumat yang diperoleh mestilah disahkan dahulu dan diyakini kebenarannya.
Polis juga menasihati orang ramai untuk tidak mengambil tindakan yang terburu-buru ke atas mereka yang berketurunan Rohingya dan secara tidak langsung menjuruskan diri mereka dalam jenayah," katanya.

Tambah beliau, pihak polis sentiasa bersedia memberikan penjelasan berhubung kes berkenaan pada bila-bila masa.

Katanya, mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut diminta  menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau talian 09-8592222 sambungan kepada Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Mohd Hadaza Mat Amin.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2026 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaliamak punya org
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2026 06:23 PM | Show all posts
Edited by silance at 9-8-2026 06:25 PM

tangkapan bagi membantu siasatan....
Permohonan reman...
perlu memperhalusi kes...
agar tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak berasas...
orang ramai diminta berhati-hati ketika menggunakan platform.....
Segala maklumat yang diperoleh mestilah disahkan dahulu dan diyakini kebenarannya... menasihati orang ramai untuk tidak mengambil tindakan yang terburu-buru ke atas mereka....

Wow, ini karangan yang paling berhemah aku baca taun ini!
Tada gambar ka? Budak yang baru beranak tu semua real infor dipublished pada umum.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.065953 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list