CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 367|Reply: 6

[Tempatan] Lelaki Pakistan guna logo Imigresen pada kenderaan ditahan dalam tempoh 24 jam

[Copy link]
Post time 11-8-2026 01:38 AM | Show all posts |Read mode





Lelaki Pakistan guna logo Imigresen pada kenderaan ditahan dalam tempoh 24 jamTular hantaran di platform Threads memaparkan sebuah kenderaan yang menggunakan logo JIM dan didakwa dipandu oleh seorang individu warga asing. - Gambar fail/Sinar Harian





PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai menggunakan logo rasmi jabatan dan lampu mata arah pada sebuah kenderaan dalam tempoh kurang 24 jam selepas video berhubung kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata lelaki itu ditahan dalam Operasi Khas yang dijalankan pada 4.30 petang semalam di PV3 Platinum Hill Condominium, Setapak, Kuala Lumpur susulan risikan berdasarkan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan berlogo JIM digunakan oleh warga asing.


Beliau berkata semasa pemeriksaan di premis itu pihaknya turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang didapati tinggal lebih masa di negara ini serta menemukan dua pasport Indonesia yang dipercayai milik individu lain dalam simpanan lelaki terbabit.

"Hasil siasatan awal terhadap individu tersebut mendapati video tular berkenaan dirakam pada April 2025 dan baru dimuat naik dalam status WhatsApp oleh isterinya pada 7 Ogos lepas. Isteri individu tersebut berada di Indonesia dan video tersebut dimuat naik ketika isterinya berada di negara itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zakaria berkata lelaki warga Pakistan itu ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/63, manakala wanita warga Indonesia ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Zakaria berkata susulan tangkapan itu, pasukan operasi mengesan sebuah Toyota Hilux bernombor pendaftaran VLH8773 yang dipercayai digunakan dalam video tular berkenaan di sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Beliau berkata pemilik sebenar kenderaan juga seorang warga Pakistan, ditahan bersama lapan lagi pekerja warga asing terdiri daripada empat lelaki Bangladesh, tiga lelaki Pakistan dan seorang lelaki India.

Beliau berkata pemilik kenderaan itu disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, manakala lapan pekerja terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Zakaria berkata pemilik kenderaan mengaku memasang logo JIM dan lampu mata arah berkenaan untuk kegunaan peribadi tanpa sebarang tujuan rasmi serta mendakwa tidak mengetahui perbuatan itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Beliau berkata pemilik itu juga mendakwa logo dan lampu mata arah berkenaan telah ditanggalkan sebelum video itu tular.

"JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan logo atau identiti jabatan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan imej serta integriti jabatan," katanya.

Kesemua individu yang ditahan berserta kenderaan yang tular dalam video dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan dan siasatan lanjut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2026 09:16 AM | Show all posts
ape nak pelik. m'sia semua blh
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2026 10:18 AM | Show all posts
besar kepala
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2026 01:44 PM | Show all posts
padan muka ko babi
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2026 02:27 PM | Show all posts
kesalahan silam mungkin dia pun dah lupa tapi silap lah bini pi tayang kat kampung terlupa dunia maya tiada sempadan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2026 03:37 PM | Show all posts
eleh.. ada la tu yg bagi.. cable...
bila kantoi dan dan tak tahu la tak perasan la..
kau saja pakai supaya tak kena usik dgn gomen kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2026 07:14 PM | Show all posts
This what we called brook got flower. Come to malasia dono what they do. They rent alababi lesen from stupid local pepol later can buy hilux. In their viilage never get chance buy hilux only can sing chal chal chal o mere saty o mere heti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-8-2026 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.042831 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list