Post Last Edit by BabeYSHa at 21-6-2011 16:48
KUIZ MBA @ PP V1
** setelah mendapat keizinan dari Mod Babeysha , dengan ini TB mempersembahkan satu permainan baru untuk memeriahkan lagi Board PP. Diharapkan kawan-kawan semua terhibur dan dapat turut sama menyertai permainan ini.
Cara Permainan Pemberi Soalan akan memberikan SATU PERKATAAN dan para pemain dikehendaki membuat ayat menggunakan perkataan yang telah diberikan. Ayat –ayat tersebut mestilah mempunyai 3 patah perkataan sahaja.Para pemain akan diberikan masa selama 7 MINIT untuk membuat seberapa banyak ayat yang boleh.
Sebagai contoh: Perkataan yang diberikan: BUKU
Ayat – ayatnya: Itu buku saya. Ibu belikan buku. Buku sudah terkoyak. Harga buku mahal.
Syarat Permainan 1. Hanya satu perkataan yang boleh diberikan pada satu-satu masa (penggunaan bahasa rojak tidak dibenarkan) 2. Ayat-ayat yang dibuat tidak boleh mengandungi perkataan yang kesat, tidak sopan dan berbaur lucah. 3. Sekiranya terdapat persamaan, peserta yang terlebih dahulu menghantar ayat tersebut akan di kira 4. Jumlah minima pemain adalah 3 orang tidak termasuk pemberi soalan. 5. Para peserta mestilah memulakan permainan dengan membuat post ‘ count me in’ 6. Penggunaan perkataan yang sama (berulang) sebagai soalan adalah dilarang sama sekali 7. Pemain hanya boleh membuat satu ayat di dalam satu post.
8. Tidak perlu menulis nombor soalan.
9. Hanya ayat penyata & ayat perintah akan diambil kira dalam pemarkahan. 10. Ayat yang tidak logik & berulang2 tidak akan diambil kira.
Pemarkahan **Pemberi soalan -akan diberitahu oleh Mod Babeysha. **Para pemain
+++++++++++++++GANJARAN+++++++++++++++++++
JUARA - 25 KREDIT
NAIB JUARA - 20 KREDIT
TEMPAT KETIGA - 15 KREDIT
SAGUHATI - 10 KREDIT SETIAP SEORANG
**KREDIT KHAS UNTUK FOREMER POSTING TERBANYAK MENJAWAB SETIAP KALI PEMBERIAN KREDIT PADA PAGE #25, PAGE #50, PAGE #75 dan PAGE #100 = 80 KREDIT!! (sekiranya SERI, bahagi sama rata.. )
**KREDIT KHAS UNTUK PEMBERI SOKLAN SELAIN DARIPADA TB(akan diberi di page untuk claim kredit - PAGE #25, PAGE #50, PAGE #75 dan PAGE #100) = 10 hingga 50 KREDIT ~bergantung kepada berapa kali beliau terlibat sebagai pemberi soklan
+++++++++++++++GANJARAN+++++++++++++++++++ |