View: 278|Reply: 0
|
Dengarnya...: Mula berangan sejak popular
[Copy link]
|
|
CIK Normah perhatikan artis muda kita sekarang ramai yang bersikap hidung tinggi serta banyak sangat songeh. Tidak macam artis dulu yang rendah diri dan tidak mudah melatah. \rBaru-baru ini kawan Cik Normah yang dilanda kebosanan melayari sebuah laman sosial. Tiba-tiba matanya bagaikan terpaku membaca status seorang artis wanita yang membuat luahan di lamannya. Memanglah laman itu hak peribadinya, tetapi caranya menulis agak angkuh. Mungkin namanya semakin popular dan berjaya menjejakkan kaki ke peringkat antarabangsa menyebabkan sikapnya sudah mula berubah.\r\n\n\n\n\rDalam laman sosialnya si artis popular ini menulis, dia suka kepada wartawan yang membuat kajian sebelum mereka menemuramah artis. Cik Normah akui kenyataannya itu tidak silap, tetapi artis itu pun kena ingat juga, dalam keadaan kelam kabut manalah wartawan ada masa nak periksa latar belakang setiap artis. Lebih-lebih lagi jika mereka tak tahu yang artis itu ada di majlis dihadiri.\r\r\n\n\n\n\nKalau buat fotografi eksklusif, mungkin artis itu bolehlah hendak persoalkan. Bagaimanapun pada waktu sama, takkanlah hendak marah kalau setakat bertanya satu dua perkara yang sama. Kadang-kadang mereka bukan sengaja bertanya, tetapi cuma mahukan kepastian. \rMungkin mereka tak sempat buat kajian sebelum temu ramah, tetapi ketika hendak menaip artikel, wartawan lazimnya akan membuat kajian sebaik-baiknya. Internet kan ada? Kalau artis yang selalu kena gosip, lagilah banyak maklumatnya.\rJadi tak perlulah nak suruh wartawan berhenti daripada menjadi wartawan dengan membuka kedai roti dan sebagainya. Mentang-mentanglah dia sudah menjejakkan kaki ke peringkat antarabangsa, si artis dengan mudah hendak memperkecilkan orang lain. \rIngatlah wahai cik adik, hidup kita umpama putaran roda yang ligat berpusing. Ada masa kita di atas dan ada ketikanya kita di bawah. Kalau tak kerana bantuan wartawan, tak mungkin awak dikenali seperti sekarang.
[Posting Asal] [Kembali ke Berita Rakyat] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|